Seorang wanita menggesa para ibu bapa berhati-hati dengan satu produk coklat yang terkenal dikenali sebagai Mini Egg kerana dikatakan berbahaya untuk kanak-kanak.
Wanita yang enggan dikenali itu baru sahaja kehilangan anak perempuannya yang berusia lima tahun akibat tercekik ketika makan coklat berbentuk bulat itu.
Walaupun terdapat pelekat amaran pada bungkusan coklat itu yang tertera “Bahaya Tercekik: Tidak sesuai untuk kanak-kanak di bawah empat tahun”, produk itu sebenarnya tidak sesuai untuk kanak-kanak.
“Sophie (anak saya) berumur lima tahun setengah. Dia tidak terlalu kecil tetapi makanan ini sebenarnya berbahaya untuk golongan kanak-kanak.
“Jika anak anda suka coklat itu, anda perlu mengawasi ketika mereka makan coklat tersebut. Pastikan mereka duduk ketika makan atau halang anak anda dari memakan makanan ini,” jelas wanita itu.
Wanita itu berkata, dia cuba menyelamatkan anaknya dengan beberapa teknik tetapi usahanya tidak berjaya.
Dalam perkongsian melalui Facebook, netizen turut meluahkan rasa sedih dan juga pengalaman mengenai anak mereka yang tercekik makanan.
Pihak syarikat coklat itu turut meluahkan rasa sedih mengenai insiden tersebut dan turut mengatakan keselamatan pelanggan adalah keutamaan bagi mereka.
Agensi
Mon Mar 05 2018
Wanita itu berkata, dia cuba menyelamatkan anaknya dengan beberapa teknik tetapi usahanya tidak berjaya. - Gambar hiasan
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Pengunjung pantai dinasihat berhati-hati kehadiran ulat bulu laut
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika mengunjungi pantai, susulan penemuan dua ulat bulu laut.
Permainan lato-lato undang risiko keselamatan - CAP
Adalah tidak wajar sekiranya Malaysia meluluskan permainan yang merbahaya kepada pengguna khususnya golongan kanak-kanak.
Paras tiga sungai di Kuantan lebihi paras bahaya
Sungai yang mencatat bacaan melebihi paras bahaya adalah Sungai Lembing, Sungai Kuantan dan Sungai Belat.
Banjir Johor: Tiga sungai rekod paras bahaya
Tiga stesen yang merekodkan data aras sungai di Johor mencatatkan tiga sungai telah melebihi paras bahaya dengan trend menaik setakat jam 8 malam ini sementara empat lagi merekodkan aras amaran.
Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di Johor, Sabah - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa daerah di Johor dan Sabah hingga Rabu ini.
Lima negeri rekod paras air pada tahap bahaya
Sebanyak lapan stesen kendalian JPS membabitkan Selangor, Sarawak, Pahang, Johor dan Melaka menunjukkan paras air berada pada tahap bahaya setakat pukul 8 malam tadi.
PRU15: Jangan upah orang 'kurang siuman' pasang bahan kempen - Polis
Polis mengingatkan parti politik agar tidak memasang bahan kempen di lokasi dan premis yang boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Paras sungai lepasi tahap bahaya di Langkawi, Yan, penduduk diminta berwaspada
Penduduk yang tinggal di berhampiran sungai terutama di Langkawi dan Yan diingatkan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan paras sungai lepasi tahap bahaya.
Paras Sungai Padang Terap masih melebihi paras bahaya
Paras Sungai Padang Terap, di Kampung Kubu dalam daerah Padang Terap mencatat penurunan bacaan iaitu 13.40 meter (m) setakat pukul 7 malam ini, bagaimanapun ia masih melebihi paras bahaya.
Jambatan gantung Kampung Mansiang akan dibuat dalam waktu terdekat - ADUN Tulid
Pembinaan jambatan bagi kampung berkenaan telah mendapat kelulusan dari KPLB.