KUALA TERENGGANU: Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika mengunjungi pantai, susulan penemuan dua ulat bulu laut yang dipercayai daripada spesies Amphinome rostrata (A. rostrata) di pantai berhampiran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) semalam.
Ketua Unit Pusat Rujukan dan Repositori Laut China Selatan UMT Prof Madya Dr Izwandy Idris berkata spesies ulat bulu laut yang dijumpai oleh sukarelawannya semasa berjalan di tepi pantai semalam berbahaya kerana sesiapa yang menyentuh atau memegang haiwan itu akan berasa sakit seperti terkena api.
"Ini kerana 'chaetae' di badan ulat bulu laut ini adalah tajam serta rapuh dan mudah melekat ke kulit apabila disentuh. Tambahan pula, spesies daripada kumpulan ulat bulu laut ini (keluarga Amphinomidae) mempunyai kelenjar bisa yang boleh memasuki badan melalui luka tusukan 'chaetae' yang patah.
"Gabungan luka akibat 'chaetae' yang patah dan bisa daripada kelenjar bisa boleh menimbulkan rasa sakit yang kuat, bengkak di tempat yang terkena serta tindak balas alahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Izwandy fenomena monsun timur laut yang berlaku di Laut China Selatan pada masa ini menyebabkan banyak berlakunya kedamparan organisma serta benda hanyut di pantai akibat arus dan ombak yang kuat.
A. rostrata itu, katanya ialah spesies yang banyak berasosiasi dengan 'teritip angsa' yang melekat pada benda hanyut seperti kayu serta sampah laut dan dijumpai di lautan seluruh dunia.
"Sehubungan itu pihak Pusat Rujukan dan Repositori Laut China Selatan menasihati pengunjung pantai agar berhati-hati sekiranya terjumpa A. rostrata atau mana-mana organisma marin yang mempunyai rupa seakan-akan ulat bulu. Elakkan daripada menyentuh haiwan ini serta jauhkan daripada kanak-kanak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2024

Sesiapa yang menyentuh atau memegang haiwan itu akan berasa sakit seperti terkena api. - Foto UMT

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

SPRM akan panggil semula Ismail Sabri bantu siasatan - Sumber
SPRM akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah serta pengubahan wang haram.

Muhamad Farkhan kecewa dituduh terlibat atur perlawanan
Petinju Muhamad Farkhan Mohd Haron kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak menyatakan perlawananan terakhirnya menentang Jaskaran Singh dari India adalah perlawanan yang diatur.

Polis tahan 11 individu disyaki terlibat rusuhan semasa perlawanan tinju
Polis menahan 11 individu yang disyaki terlibat dalam insiden rusuhan ketika satu perlawanan tinju melibatkan pempengaruh media sosial di sebuah pusat membeli-belah.
AWANI Ringkas: Pertambahan ahli KWSP
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan belum tubuh jawatankuasa bincang peruntukan pembangkang - Fadillah
Jawatankuasa bagi membincangkan cadangan berhubung pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang masih belum dapat ditubuhkan.

Guru didakwa jalin hubungan dengan murid Tahun Enam
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Dengkil disiasat polis selepas didakwa menjalin hubungan dengan anak muridnya.
Sambutan pertama ramadan di Indonesia
Indonesia mula berpuasa pada Sabtu

Kursus AI untuk pemimpin masyarakat akan dilaksanakan di Petra Jaya - Fadillah
Kursus kecerdasan buatan (AI) melibatkan pemimpin masyarakat dari kawasan Petra Jaya akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ramadan di Gaza suram, dibelenggu duka kehilangan insan tersayang
Ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan penuh keriangan, suasana suram dan pilu menghimpit penduduk Gaza yang terus diselubungi perasaan kehilangan insan tersayang.

Pengunjung pantai dinasihat berhati-hati kehadiran ulat bulu laut
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika mengunjungi pantai, susulan penemuan dua ulat bulu laut.

Dua maut terkena periuk api di pantai Ukraine
Rakaman video menunjukkan letupan besar berlaku menyebabkan air menyembur mengakibatkan dua perenang terbunuh serta-merta.