HUNTER BIDEN, anak lelaki kepada Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, berkongsi kisah ketagihannya dalam satu wawancara televisyen pada Ahad, dan mengakui dia menghisap keju Parmesan kerana menganggapnya kokain.
Lelaki berusia 51 tahun itu bercakap dengan stesyen televisyen CBS mengenai perjuangannya melawan ketagihan dadah, hubungan dengan ayahnya dan urusan perniagaannya di Ukraine.
Bercakap mengenai ketagihannya, Hunter berkata dia pernah menghabiskan masa berhari-hari minum vodka dan menggunakan kokain.
"Saya pernah melalui 13 hari tanpa tidur dan hanya merokok dan minum vodka sepanjang masa itu," katanya kepada hos, Tracy Smith.
Anak kedua Biden itu yang juga merupakan graduan undang-undang dari Yale, memberitahu dia bekerjasama penuh dengan Jabatan Kehakiman yang menyiasat kewangannya.
Penyiasat persekutuan sedang meneliti urusan perniagaan Hunter, kata sumber kepada CNN.
Siasatan tersebut meneliti beberapa masalah kewangan, termasuk sama ada Hunter dan rakannya melanggar undang-undang cukai dan pengubahan wang dalam urusan perniagaan di negara luar, terutama China.
"Saya sangat yakin di akhir siasatan, mereka akan dapati saya bersih daripada sebarang kesalahan," katanya lagi.
Hunter juga memaklumkan dia dan ayahnya bercakap setiap hari menerusi panggilan telefon.
"Setiap malam sebelum tidur, beliau akan menghubungi saya dan anak-anak saya.
"Beliau ayah yang prihatin. Ketika saya bertarung dengan masalah dadah, beliau meluangkan masa untuk bercakap dengan saya.
"Beliau datang ke pangsapuri saya satu hari, ketika itu beliau masih memegang jawatan sebagai Naib Presiden. Beliau berjaya 'lari' sekejap daripada pengawal peribadi untuk memujuk saya masuk ke pusat pemulihan," ujarnya.
Astro Awani
Mon Apr 05 2021
Hunter menyifatkan bapanya seorang yang prihatin. - Foto REUTERS
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Presiden Biden beri pengampunan kepada anak lelakinya
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden memberikan pengampunan kepada anaknya Hunter Biden walaupun sebelum ini berjanji tidak akan berbuat demikian.
Hunter Biden mengaku salah atas pertuduhan elak cukai
Anak lelaki Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, Hunter Biden mengaku bersalah pada Khamis terhadap sembilan pertuduhan dalam kes cukai.
Biden hormati proses kehakiman, terima keputusan kes anak
Biden juga akan menghormati proses kehakiman apabila anaknya mempertimbangkan rayuan.
Anak Presiden Joe Biden didakwa atas pertuduhan memiliki senjata api
Pendakwaan ke atas Hunter Biden merupakan sejarah di AS apabila anak seorang presiden yang masih berkhidmat diheret ke mahkamah.
Hunter Biden mungkin mengaku salah atas pertuduhan senjata api, percukaian
Hunter Biden, anak Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden, mungkin mengaku bersalah di mahkamah di AS pada Rabu.
Anak lelaki Joe Biden bongkar masalah ketagihan dadah, hubungan dengan bapa
Hunter berkata dia pernah menghabiskan masa berhari-hari minum vodka dan menggunakan kokain.