Khan yang berketurunan Pakistan, memakai seluar tinju dengan lilitan tali pinggang yang mendapat sentuhan emas 24 karat itu sewaktu mempertahankan gelaran juara WBC kategori welterweight menewaskan Devon Alexander di Last Vegas minggu lalu.
Seluar bernilai 163 ribu ringgit yang akan didermakan Amir Khan - Donald Miralle/Getty Images/AFP
Peninju berusia 28 tahun itu mendapat anak perempuan Mei lalu dan bertekad melakukan sesuatu bagi meringankan bebanan mereka yang terlibat ekoran insiden itu yang menyaksikan 132 kanak-kanak antara yang terkorban dalam serangan itu.
“Saya hanya dapat bayangkan apa yang dapat dialami ibu bapa mereka,” kata Khan dalam satu wawancara dengan saluran BBC Radio 5.
“Kita bertuah di England, kita mempunyai tahap keselamatan yang bagus dan boleh menghantar anak perempuan ke sekolah dan segalanya baik, tetapi tidak di Pakistan.
“Mereka menghantar anak-anak ke sekolah dan tidak tahu sama ada anak mereka akan kembali. Adalah menyedihkan.
“Saya akan memberi derma (seluar tinju) bagi apa yang berlaku di Pakistan. Saya ingin membina semula sekolah dan memperkukuhkan keselamatan di sana.”