PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump hari ini mencipta sejarah sebagai presiden pertama Amerika Syarikat mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Bagaimana pun Trump mengakui pengiktirafan ini tidak akan mengubah status quo Baitumaqdis sebagai kota suci kepada tiga agama.
"Baitulmaqdis bukan sahaja kota suci kepada tiga agama (Islam, Yahudi dan Kristian), ia adalah jantung kepada demokrasi paling berjaya di dunia," kata Trump dalam sidang media sekitar pukul 2.10 minit pagi waktu Malaysia.
Tindakan Trump itu dilihat bakal meningkatkan kemarahan masyarakat sivil Palestin dan dunia Islam secara umumnya.
Ini kerana, Baitulmaqdis sentiasa menjadi sebahagian daripada asas perjuangan memerdekakan bumi anbia
Dalam sidang media tersebut, Trump bagaimana pun menyerahkan kepada Israel dan Palestin untuk berbincang mengenai garis sempadan yang memisahkan kedaulatan kedua-dua negara itu.
"Kami tidak mengambil sebarang pendirian dalam menentukan garis sempadan, ia bergantung kepada pihak yang terlibat (Palestin dan Israel)," ujarnya.
Berdasarkan kepada penelitian Astro AWANI terhadap 11 minit ucapan Trump itu, perkataan 'Palestin' hanya disebut selepas minit keenam.
Beliau turut mengulangi retorik pendirian Washington iaitu sentiasa berpegang kepada penyelesaian dua negara sebagai jalan perdamaian konflik lebih enam dekad antara Palestin dan Israel.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas sebelum ini memberi amaran keputusan Trump itu akan mewujudkan ketegangan dan boleh menjejaskan pelan perdamaian, keselamatan dan kestabilan di rantau itu serta dunia.
Ashwad Ismail
Wed Dec 06 2017

Trump, diiringi Naib Presiden Mike Pence, mengumumkan Kedutaan Besar AS akan dipindahkan ke Baitulmaqdis pada sidang media di White House, Washington, 6 Disember, 2017. REUTERS
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Amerika Syarikat secara rasmi iktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel
Pada masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.