NEW DELHI: Akaun bank pertubuhan Missionaries of Charity (MoC), yang ditubuhkan oleh mendiang pemenang Hadiah Keamanan Nobel Mother Teresa dibekukan di India disebabkan unsur pembiayaan asing.
Permohonan pembaharuan pertubuhan Roman Katolik itu di bawah Akta Sumbangan (Peraturan) Asing (FCRA) ditolak pada 25 Disember kerana tidak memenuhi syarat kelayakan, menurut Kementerian Dalam Negeri persekutuan.
"Tiada permohonan / permohonan untuk semakan diterima daripada MoC untuk kaji semula semula penolakan pembaharuan itu," kata kementerian itu dalam satu kenyataan pada Isnin.
Bagaimanapun, kementerian berkata ia tidak membekukan sebarang akaun MoC dengan Bank Negara India (SBI), sebuah bank sektor awam.
"SBI telah memaklumkan bahawa MoC sendiri menghantar permohonan kepada SBI untuk membekukan akaunnya," kata Kementerian Dalam Negeri.
MoC yang berpangkalan di Kolkata, ibu kota negeri Bengal Barat itu terkenal dengan kerja-kerja amalnya di kawasan setinggan yang luas di bandar ini.
"22,000 pesakit dan pekerja mereka ditinggalkan tanpa makanan dan ubat-ubatan," ciap Ketua Menteri West Bengal Mamata Banerjee dalam Twitter. "
"Meskipun undang-undang itu penting, usaha kemanusiaan juga tidak boleh diabaikan," katanya.
Pertubuhan amal itu ditubuhkan pada1950 oleh Mother Teresa, anak kelahiran Skopje, di Macedonia Utara yang meninggal dunia di Kolkata pada 1997 dan diberikan pengebumian negara.
MoC disiasat oleh kerajaan nasionalis Hindu Bharatiya Janata Party (BJP) berhubung dakwaan perdagangan anak angkat pada 2018.
Awal bulan ini, pihak berkuasa di negeri barat Gujarat yang diperintah BJP berkata mereka sedang menyiasat sama ada MoC memaksa gadis di rumah perlindungan untuk memakai salib dan membaca Bible.
BJP dan kumpulan gabungannya, secara kolektif dikenali sebagai "Sangh Parivar", sering membuat dakwaan "pertukaran agama secara paksa" di institusi yang dikendalikan oleh penganut Kristian itu.
Penganut Kristian mewakili kira-kira dua peratus daripada 1.38 bilion penduduk India.
Sambutan Krismas di beberapa tempat di negara ini telah diganggu oleh kumpulan pemerhati Sangh.
Pengkritik menuduh mereka mempromosikan "Hindutva" (ketuanan Hindu) dan keganasan terhadap komuniti minoriti, termasuk orang Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 27 2021
![Akaun bank badan amal Mother Teresa di India dibekukan Akaun bank badan amal Mother Teresa di India dibekukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640643778_TBmotherteresa.jpg)
Orang ramai beratur di luar ibu pejabat Missionaries of Charity menunggu untuk agihan makanan di Kolkata, India, 26 Ogos 2021. (Foto AP)
AWANI Ringkas 13 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 13 Februari 2025
1️⃣ Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
2️⃣ Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
3️⃣ Sasaran bayaran balik lebih tinggi tahun ini
#awaniringkas
1️⃣ Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
2️⃣ Wanita maut bersama empat anak, hamil lima bulan
3️⃣ Sasaran bayaran balik lebih tinggi tahun ini
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Maklumat hospital 'cloud base' dijangka siap 2028
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Tiada insiden pukul babitkan tahanan SOSMA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739373668_AzamBaki.jpg)
Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya.
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
![KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012 KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739453860_tbSaifuddinNasution.jpg)
KDN sediakan memorandum Jemaah Menteri, pinda Akta Perhimpunan Aman 2012
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan satu memorandum Jemaah Menteri susulan keputusan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
![BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030 BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732100394_BankNegaraMalaysia.jpg)
BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).
![Akaun bank badan amal Mother Teresa di India dibekukan Akaun bank badan amal Mother Teresa di India dibekukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/51640643778_TBmotherteresa.jpg)
Akaun bank badan amal Mother Teresa di India dibekukan
Permohonan pembaharuan pertubuhan Roman Katolik itu ditolak pada 25 Disember kerana tidak memenuhi syarat kelayakan.