WELLINGTON: Bermula Februari 2022, hanya pelanggan yang lengkap vaksin COVID-19 dibenarkan menaiki pesawat penerbangan Air New Zealand, lapor Agensi Berita Xinhua.
"Kami bersiap-siap untuk berhubung kembali dengan dunia dan memaklumkan kepada pelanggan apa yang perlu mereka lakukan untuk bersedia berlepas dengan pesawat kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif Air New Zealand, Greg Foran pada Ahad.
Syarat vaksinasi itu tertakluk kepada semua penumpang berusia 18 tahun ke atas untuk ketibaan dan pelepasan.
Pelanggan yang tidak divaksin perlu mengemukakan bukti mereka tidak boleh divaksin atas alasan perubatan.
"Vaksin COVID-19 kini adalah realiti baharu perjalanan antarabangsa - banyak destinasi yang ingin dikunjungi sudah ditutup untuk pengunjung yang tidak divaksin. Semakin cepat kita diberi vaksin, semakin cepat kita dapat terbang ke pelbagai tempat seperti New York, Vancouver dan Narita.
"Kami mendengar maklum balas pelanggan dan pekerja bahawa langkah ini penting bagi mereka. Syarat itu akan memudah dan memberi ketenangan kepada kedua-dua pihak iaitu pelanggan mahupun pekerja," kata Foran.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 03 2021
Bermula Februari 2022, hanya pelanggan yang lengkap vaksin COVID-19 dibenarkan menaiki pesawat penerbangan Air New Zealand. - Gambar fail/REUTERS
Pantau Belanjawan: ASB: Bagaimana kadar dividen mencorak pelaburan masa depan?
Permodalan Nasional Berhad (PNB) dijangka akan mengumumkan agihan pendapatan bagi tahun 2024 hari ini. Bagaimana agihan pendapatan ini mencerminkan trend dividen di Malaysia serta mencorak hala tuju pembayaran dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) pada masa hadapan? Kupasan lanjut bersama Pensyarah Kanan Ekonomi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Nur Azam Anuarul Perai.
Honda, Nissan umum pertimbangan untuk gabung syarikat
Kedua-dua syarikat telah memulakan perbincangan untuk mengintegrasikan perniagaan mereka di bawah syarikat induk baharu ini.
AWANI Ringkas: Kemalangan maut ragut tujuh nyawa di Melaka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Mikel Arteta sahkan Arsenal hilang khidmat Bukayo Saka
Jurulatih Arsenal, Mikel Arteta, mengesahkan The Gunners akan beraksi tanpa khidmat Bukayo Saka selama 'beberapa minggu' selepas dia mengalami kecederaan.
Innovathon musim ke-2: Puncture Proof Self Healing Tyre juara minggu keempat
Puncture Proof Self Healing Tyre diumumkan sebagai pemenang pada minggu keempat program Innovathon musim ke-2.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
Kedutaan Malaysia di Tehran anjur resepsi durian promosi 'Musang King'
Kedutaan Malaysia di Tehran menganjurkan majlis resepsi durian menonjolkan kepentingan budaya.
Cadbury hilang status pembekal diraja selepas 170 tahun - Laporan
Cadbury antara 100 syarikat yang tidak lagi mendapat sokongan rasmi selepas 'Royal Warrant' mereka tidak diperbaharui oleh Raja Charles III.
Pelepasan abu di gunung berapi Kanlaon meningkat
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer (km) dikesan di Gunung Berapi Kanlaon dengan letusan abu bermula pada 11:45 pagi diikuti gempa gunung berapi berfrekuensi rendah.
Pesawat Air New Zealand terima ancaman bom
Insiden melibatkan penerbangan Air New Zealand dari Wellington ke Sydney yang membawa 140 penumpang.
Air New Zealand perkenal "no jab, no fly" untuk pengembara antarabangsa
Bermula Februari 2022, hanya pelanggan yang lengkap vaksin COVID-19 dibenarkan menaiki pesawat penerbangan Air New Zealand.
Syarikat penerbangan mana yang terbaik menurut AirlineRatings.com?
Syarikat penilai penerbangan atas talian, AirlineRatings.com menerbitkan senarai anugerah kecemerlangannya buat penyedia perkhidmatan penerbangan terbaik dunia.