REMAJA Islam dari Texas yang mendapat perhatian dunia ekoran ditahan kerana membawa jam buatan sendiri ke sekolah dijangka bertemu Presiden Barack Obama pada Selasa (waktu tempatan), lapor CNN.

Ahmed, 14 tahun telah diundang ke Washington DC bagi menyertai Malam Astronomi di Rumah Putih yang merupakan kali kedua diadakan di kediaman rasmi Presiden Amerika Syarikat.

Susulan daripada penahanannya bulan lalu, hashtag #IStandWithAhmed trending di Twitter yang turut mendapat perhatian Obama.

Dalam satu tweet menyatakan sokongannya kepada Ahmed, Obama memuji jam yang direkanya.


Malam Astronomi akan disertai oleh pelajar, guru, ahli sains dan angkasawan di negara tersebut.