NEW DELHI: Seorang Ahli Parlimen (MP) dari parti pemerintah Bangladesh yang tiba di India untuk rawatan perubatan telah dibunuh di ibu negeri Bengal Barat, Kolkata.
Anwarul Azim Anar, 56, seorang Ahli Parlimen selama tiga penggal pergi ke India pada 12 Mei dan hilang pada hari berikutnya, menurut laporan Agensi Berita Bangladesh Sangbad Sangstha (BSS) pada Rabu.
Ahli politik Liga Awami itu mewakili kawasan pilihan raya di daerah sempadan Jhenaidah.
Polis India telah menemukan mayat Anar dari sebuah apartmen di kawasan New Town di Kolkata, lapor BSS.
"Setakat ini, kami telah mengetahui bahawa semua individu yang terlibat dalam pembunuhan itu adalah warga Bangladesh. Ia adalah pembunuhan yang dirancang," kata Menteri Dalam Negeri Bangladesh, Asaduzzaman Khan.
Anar mempunyai ramai kawan di India dan seorang daripadanya ialah Gopal Biswas, seorang peniaga emas, di mana MP Bangladesh itu tinggal sebelum dia hilang, lapor Telegraph.
Anar keluar berjumpa doktor pada 13 Mei tetapi tidak pernah kembali.
Sementara itu, Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina melahirkan rasa terkejut dan sedih atas kematian ahli politik partinya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024

Anwarul Azim Anar (gambar) mempunyai ramai kawan di India dan seorang daripadanya ialah Gopal Biswas, seorang peniaga emas, di mana dia tinggal bersamanya sebelum dilaporkan hilang. - Foto Facebook Anwarul Azim Anar

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Ahli Parlimen parti pemerintah Bangladesh dibunuh semasa lawatan ke India
Anwarul Azim Anar, 56, seorang Ahli Parlimen selama tiga penggal pergi ke India pada 12 Mei dan hilang pada hari berikutnya.