MADISON:Seorang pekerja farmasi di sebuah hospital di Amerika Syarikat (AS) ditahan atas tiga tuduhan berniat jahat merosakkan stok vaksin dalam simpanan.

Pekerja hospital Aurora Health itu ditahan pada Khamis atas tuduhan cuai hingga membahayakan keselamatan, merosakkan ubat preskripsi, dan kerosakan harta benda.


Suspek sebelum itu dipecat selepas mengaku dengan sengaja mengeluarkan 57 botol vaksin koronavirus Moderna dari tempat penyimpanan sejuk.

Terdahulu dia mendakwa tidak sengaja meninggalkan vaksin tersebut di luar tempat penyimpanan sejuk, sebelum membuat pengakuan secara bertulis bahawa dia melakukannya dengan sengaja.

BACA: Gara-gara terlupa, 500 dos vaksin Moderna dibuang begitu sahaja

Suspek kini ditahan di penjara Ozaukee County, Wisconsin.

Polis masih menyiasat motif kejadian.