Ahli astronomi telah menemui sistem solar dengan tujuh planet bersaiz Bumi, dan tiga daripadanya mengelilingi bintang dalam jarak yang bersesuaian bagi permukaan bercecair, lapor Reuters.
Ciri tersebut sekali gus meningkatkan prospek penemuan hidupan di angkasa lepas, kata satu kertas kajian yang diterbitkan pada Rabu.
Bintang tersebut, yang diberi nama TRAPPIST-1, bersaiz lebih kecil dan wujud dalam cakerawala samar buruj Aquarius. Ia terletak kira-kira 40 tahun cahaya dari Bumi, mengikut piawaian astronomi, atau jarak lebih kurang 44 juta tahun berdasarkan kelajuan purata sebuah pesawat jet komersial.
Para penyelidik berkata, berdasarkan penemuan sistem itu, ditambah pula dengan saiz planet-planet tersebut berbanding bintang itu yang lebih kecil, menjadikannya subjek yang sesuai untuk penyelidikan.
Mereka berharap dapat mengimbas atmosfera planet-planet itu untuk mengetahui kemungkinan jejak hidupan.
“Penemuan ini memberi kami petunjuk bahawa pencarian Bumi kedua bukan lagi soal ‘jika’, tetapi ‘bila’,” ujar ketua saintis Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Thomas Zurbuchen dalam sidang media pada Rabu.
Penemuan yang disiar dalam jurnal Nature itu, dibentuk berdasarkan penyelidikan sebelum ini yang menunjukkan tiga planet mengelilingi TRAPPIST-1. Tiga planet itu adalah antara 3,500 planet lain yang dikenal pasti di luar sistem solar.
“Ini kali pertama terdapat banyak planet bersaiz Bumi ditemui di sekeliling bintang yang sama,” ujar penyelidik dari University of Leige, Belgium, Michael Gillon.
Para penyelidik selama ini menumpukan usaha mencari planet batu bersaiz Bumi dengan suhu sesuai supaya air, jika ia wujud, masih dalam bentuk cecair yang merupakan keperluan hidupan.
Diameter TRAPPIST-1 adalah kira-kira 8 peratus saiz matahari. Itu menjadikan planet-planet bersaiz Bumi yang mengelilinginya kelihatan lebih besar.
Dari sudut pandangan teleskop di Bumi, pergerakan planet-planet itu menghalang cahaya bintang tersebut dari semasa ke semasa.
Walaupun jika planet-planet itu tidak mempunyai hidupan, ia boleh berevolusi. TRAPPIST-1 sekurang-kurangnya bersaiz 500 juta tahun, namun mempunyai jangka hayat sekitar 10 trilion tahun. Matahari pula, sudah sampai kira-kira setengah daripada hayatnya yang berusia 10 bilion tahun.
Agensi
Thu Feb 23 2017
(Dari kiri) Ahli astronomi Nikole Lewis; profesor sains dan fizik MIT Sara Seager; wakil NASA Sean Carey; Michael Gillon dan Thomas Zurbuchen dalam sidang media yang dikendalikan pegawai perhubungan awam NASA Felicia Chou. - Reuters
Trump minta Mahkamah Agung tangguhkan tarikh akhir larangan TikTok
Trump, yang lantang mengkritik TikTok semasa penggal pertamanya, menyuarakan kebimbangan terhadap isu keselamatan negara.
CEO FAM: Tokoh korporat paling layak, Tony Fernandes calon sesuai - Penganalisis
Tokoh korporat dilihat sebagai individu paling layak untuk mengisi kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ronaldo pertimbang ambil alih Manchester United
Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo menyatakan minat untuk kembali ke Old Trafford, namun kali ini sebagai pemilik Manchester United, dengan harapan dapat mengembalikan kegemilangan bekas kelabnya itu.
Pemain berusia 39 tahun itu yakin mampu menangani isu yang melanda United ketika ini.
Pemain berusia 39 tahun itu yakin mampu menangani isu yang melanda United ketika ini.
Samenta gesa Kelantan pertimbang semula keperluan pensijilan halal bagi pengusaha F&B
Katanya, kerajaan Kelantan perlu bekerjasama dengan pengusaha F&B untuk promosi sijil halal dan dengan pihak berkuasa untuk kurangkan beban mereka.
7 laporan dibuat terhadap Hannah Yeoh
Polis setakat ini menerima tujuh laporan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung penerbit buku berjudul Becoming Hannah yang dipercayai mengandungi unsur penyebaran agama Kristian secara halus.
Bayi di Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk, kekurangan tempat perlindungan - UNRWA
Selimut, tilam dan bekalan musim sejuk lain tersekat selama beberapa bulan sementara menunggu kelulusan untuk dibawa masuk ke Gaza.
'Becoming Hannah': 7 laporan polis dibuat terhadap Hannah Yeoh
Polis setakat ini menerima tujuh laporan terhadap Hannah Yeoh berhubung penerbit buku berjudul Becoming Hannah yang dipercayai mengandungi unsur penyebaran agama Kristian.
Kebuluran semakin tenat di Gaza - WFP
Menurut WFP, pihaknya hanya dapat membawa masuk kira-kira satu pertiga daripada bekalan makanan yang diperlukan.
AWANI Ringkas: Ronaldo mahu kembali ke Old Trafford
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rayuan Barcelona ditolak mahkamah
Olmo menandatangani kontrak dari RB Leipzig pada Ogos lalu tetapi hanya didaftarkan pada separuh pertama musim ini.
Lautan dunia semakin panas pada 2022 - Kajian
Lautan dunia berada pada tahap paling panas pernah direkodkan pada 2022, menurut hasil kajian baharu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Apakah itu di langit? Ini 5 cara terbaik untuk melihat meteor
Hujan meteor merupakan objek angkasa lepas yang bergerak di antara planet dan melintasi atmosfera Bumi.
Asteroid setinggi Burj Khalifa bakal hampiri Bumi Ahad ini
Menurut NASA, asteroid yang dinamakan 153201 2000 WO107 itu kini bergerak di angkasa lepas pada kelajuan 56,000 batu sejam.
Ahli astronomi antarabangsa temui planet baharu 'LTT 9779b'
Penemuan itu direkodkan menerusi Transiting Exoplanet Survey Satelllite (TESS) iaitu sistem yang digunakan bagi pemerhatian ruang angkasa.
Asteroid sebesar Arc de Triomphe diramal menghentam bumi September ini
Kemungkinan planet ini berlanggar dengan asteroid sebesar Arc de Triomphe di Paris pada tahun ini ialah 0.01 peratus.
Tidak benar asteroid bakal hentam bumi pada 1 Februari - ANGKASA
Oleh itu, ANGKASA menasihatkan orang ramai agar tidak gusar atau bimbang berkaitan perkara tersebut.
Asteroid hampir hentam Bumi minggu lalu?
NASA merakamkan sebuah asteroid sebesar padang bola sepak dikenal pasti hampir melanggar Bumi pada Ahad lepas.
Ahli astronomi kenal pasti tujuh planet bersaiz Bumi dengan prospek boleh dihuni
Ciri tersebut sekali gus meningkatkan prospek penemuan hidupan di angkasa lepas, kata satu kertas kajian yang diterbitkan pada Rabu.
NASA temui planet seiras Bumi
Planet Kepler-452b dikatakan boleh menampung kehidupan lantaran mempunyai fizikal, sumber cahaya dan keadaan yang menyerupai Bumi.