Ringkasan AI
- Sembilan pelajar yang dilaporkan hilang dipercayai dibunuh oleh kumpulan gengster di Oaxaca, Mexico.
- Pelajar-pelajar tersebut dijemput oleh ahli kumpulan Los Brujos, Jos 'EL Jocha' Lavariega, dan diberi kebenaran untuk melakukan jenayah.
- Aktiviti jenayah pelajar-pelajar tersebut tidak diterima oleh kumpulan pengedaran dadah lain, menyebabkan mereka dibunuh.
Beliau yang tidak mendedahkan namanya itu dalam satu kenyataan kepada DailyMail.com pada Khamis, menyatakan bahawa ahli kumpulan Los Brujos, yang dikenali sebagai José 'EL Jocha' Lavariega telah menjemput kesemua mangsa sebelum kejadian pembunuhan berlaku.
Menurut laporan portal tersebut, selepas kesemua mangsa menyertai kumpulan itu, mereka diberikan kebenaran untuk melakukan jenayah di Oaxaca.
Kumpulan pelajar dari Tlaxcala, yang terdiri daripada lima lelaki dan empat wanita akhirnya memulakan satu siri rompakan dan kecurian.
Namun, tindakan mereka tidak diterima baik oleh salah satu kumpulan jenayah yang terlibat dalam pengedaran dadah yang beroperasi di Oaxaca kerana mereka telah melampaui batas dengan aktiviti yang mengancam di wilayah pesaing.
Ia akhirnya menyebabkan dibunuh.
Mexico sebelum ini dikejutkan dengan laporan bahawa mayat sembilan pelajar yang dilaporkan hilang semasa bercuti di selatan Mexico bulan lalu telah ditemui dalam keadaan menyayat hati di tepi sebuah lebuh raya tempatan di Oaxaca baru-baru ini. - Sinar Harian memetik agensi
