Lapangan Terbang di bandar Peshawar, Pakistan diserang oleh pengganas menyebabkan sembilan orang termasuk empat orang awam dan lima militan terkorban.

Seramai 36 orang cedera dengan tiga daripada mereka merupakan kanak-kanak. Beberapa orang daripada mangsa cedera itu dilaporkan kritikal.

Peshawar sebelum ini sering menjadi sasaran pengganas. Namun serangan pada Sabtu ini merupakan keganasan pertama dilakukan ke atas lapangan terbang yang digunakan oleh tentera dan orang awam.

Tiga roket dilancarkan ke lapangan terbang itu dengan dua daripadanya mengenai dinding bangunan tersebut manakala roket ketiga terkena bangunan kerajaan di kawasan berhampiran.

Pengganas juga meletupkan kereta yang diletakkan di luar lapangan terbang itu.

Kebangyakan orang awam yang menjadi mangsa adalah penduduk di kawasan berhampiran lapangan terbang tersebut.

Empat daripada penyerang tersebut dilaporkan memakai jaket pengebom berani mati. Keempat-empat mereka maut dalam serangan berkenaan.