Seorang lelaki bersenjata menyerbu sebuah restoran di bandar Czech timur pada Selasa dan menembak mati lapan orang sebelum menembak dirinya sendiri.
Menteri Dalam Negeri Milan, Chovanec menolak keganasan sebagai motif kejadian berdarah di restoran "Friendship" di bandar Uhersky Brod oleh penembak berusia dalam lingkungan 60-an itu.
"Menurut maklumat, ini bukan serangan pengganas, tetapi dilakukan oleh individu yang mentalnya tidak stabil," katanya di Twitter.
Pengunjung restoran yang panik pantas melarikan diri melalui pintu belakang ketika beberapa das tembakan dilepaskan.
Datuk Bandar Patrik Kuncar berkata suspek, seorang penduduk bandar itu, membawa dua senjata dan melepaskan 25 tembakan.
Menurut polis, beberapa orang cedera, termasuk seorang wanita dalam keadaan kritikal selepas ditembak di dada.
Sebuah stesen televisyen swasta Prima berkata suspek terlebih dahulu menghubungi talian panas stesen itu bagi menyatakan rancangannya.
Wartawan Prima segera memaklumkan kepada polis mengenai ancaman tersebut.
"Dia memperkenalkan dirinya, dan dia beritahu saya untuk menghantar pemberita ke Uhersky Brod," kata wartawan Prima TV Pavel Lebdusko.
"Dia beritahu saya dia telah diganggu oleh ramai orang namun pihak berkuasa tidak mengambil tindakan.
“Suspek berkata itu sebabnya mengapa dia menggunakan senjata bertujuan menangani sendiri keadaan itu."
Kejadian berlaku ketika ketegangan memuncak di seluruh Eropah berikutan serangan maut di Paris dan di Copenhagen pada beberapa minggu lalu,
AFP
Wed Feb 25 2015
Seorang lelaki bersenjata menyerbu sebuah restoran di bandar Czech timur pada Selasa dan menembak mati lapan orang sebelum menembak dirinya sendiri.
Hujan lebat ragut 5 nyawa di Panama
Empat daripada lima mangsa maut akibat lemas, manakala seorang lagi terkorban dalam kejadian tanah runtuh.
[INFOGRAFIK] Fakta 7 Negeri Penentu Keputusan Pilihan Raya
Berikut adalah info berkenaan dengan fakta 7 negeri penentu keputusan Pilihan Raya Presiden AS.
Malaysia mahu tingkat perdagangan produk halal, pertanian komoditi dengan China - PM Anwar
Perkara itu disampaikan Perdana Menteri ketika mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari China, Premier Li Qiang.
Malaysia kurang bersedia hadapi perubahan pentadbiran AS secara proaktif - Pakar
Menurut Penganalisis Politik, Ekonomi dan Hubungan Antarabangsa,
Herizal Hazri, negara ini perlu mengambil pendekatan yang lebih aktif dalam membangunkan pelan tindakan yang kukuh di peringkat antarabangsa untuk memastikan kesiapsiagaan agar dapat menangani sebarang perubahan dasar dan hubungan yang mungkin berlaku.

Calon Presiden AS berubah pendirian di setiap negeri penentu
Manifesto atau jaminan diberikan kedua-dua calon Presiden Amerika Syarikat akan menjadi berbeza setiap kali kempen diadakan di negeri-negeri penentu (Swing States).
Menurut Geostrategis Azmi Hassan, perubahan itu mengambil kira isu yang mahu ditumpukan pengundi di setiap negeri penentu bagi menambat hati mereka dalam usaha meraih undi.
Menurut Geostrategis Azmi Hassan, perubahan itu mengambil kira isu yang mahu ditumpukan pengundi di setiap negeri penentu bagi menambat hati mereka dalam usaha meraih undi.
Pusat mengundi di Georgia tutup selepas ancaman bom palsu
Penutupan sebuah pusat mengundi di Georgia, Amerika Syarikat (AS) selepas menerima ancaman bom palsu hanya menyebabkan gangguan kecil pada Selasa.
Demokrasi di Malaysia luar biasa, contoh terbaik untuk diteladani - Duta AS
Beberapa peralihan kerajaan secara teratur tanpa sebarang rusuhan membuktikan kebijaksanaan sistem demokrasi di Malaysia.
Jepun lancar satelit kayu pertama di dunia
Jepun pada Selasa melancarkan satelit kayu pertama di dunia ke angkasa lepas.
Keselamatan hadapi risiko ancaman hari pengundian dipertingkat
Amerika Syarikat (AS) mempertingkatkan keselamatan pada hari pengundian Pemilihan Presiden 2024 bagi menghadapi kemungkinan kekacauan awam, penipuan dan ancaman keganasan terhadap petugas pilihan raya.
Keputusan awal dapati Trump menang 168 undi, Harris 81 undi
Keputusan awal Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 terus dikeluarkan dari semasa ke semasa dan selepas pengundian ditutup, media AS mendapati Donald Trump menang dengan memperoleh 168 undi elektoral manakala Kamala Harris dari Demokrat bersaing rapat dengan memperoleh 81 undi elektoral.
8 maut dalam serangan di restoran Czech
Seorang lelaki bersenjata menyerbu sebuah restoran di bandar Czech timur pada Selasa dan menembak mati lapan orang sebelum menembak dirinya sendiri.