WAKIL Parti Buruh Sadiq Khan mencatat sejarah apabila dilantik menjadi Datuk Bandar London pertama beragama Islam, selepas mengatasi calon Konservatif, Zac Goldsmith.
Pemilihannya dianggap satu perkembangan positif memandangkan Sadiq beragama Islam dan kini menerajui sebuah bandar raya yang majoriti penduduknya adalah Kristian.
BACA: Sadiq Khan dilantik Datuk Bandar London pertama beragama Islam
Kemenangan Sadiq turut menamatkan penguasaan lapan tahun Konservatif di London, yang mempunyai populasi penduduk seramai kira-kira lapan juta orang.
Beliau juga merupakan Datuk Bandar Asia British yang pertama di London.
Dengan kemenangan bersejarah ini, mari kita lihat lapan fakta berkenaan Datuk Bandar London terbaharu itu.
1. Ibu bapa Sadiq merupakan pendatang dari Pakistan, India yang kemudiannya menetap di London. Sadiq dilahirkan di Tooting, London.
2. Sadiq adalah anak kepada pemandu bas, Amanullah Khan dan tukang jahit Sehrun Khan. Beliau merupakan anak kelima daripada lapan adik-beradik.
3. Memetik laporan laman portal BT, Sadiq membesar di estet perumahan Tooting, memperoleh ijazah undang-undang University of North London sebelum menjadi seorang peguam hak asasi manusia.
4. Sepanjang kariernya sebagai peguam, Sadiq pernah bekerja untuk beberapa pelanggan kontroversi.
5. Menceburi bidang politik tempatan pada 90-an, Sadiq menjadi Ahli Parlimen pertama beragama Islam di London apabila dipilih mewakili kawasan Tooting pada tahun 2005, lapor Wikipedia.
6. Beliau turut dilantik sebagai Menteri Komuniti Negeri pada tahun 2008, kemudian menjadi Menteri Pengangkutan Negeri di bawah pentadbiran Perdana Menteri Gordon Brown bagi kerajaan Buruh.
7. Sadiq berkahwin dengan Saadiya, seorang peguam dan mempunyai dua anak perempuan.
8. Sadiq juga pernah menulis buku bertajuk 'Fairness Not Favours: How to reconnect with British Muslims.'
Kohilah Sekaran
Sun May 08 2016

Dengan kemenangan bersejarah ini, mari kita melihat 6 fakta berkenaan Datuk Bandar London pertama yang beragama Islam, Sadiq Khan.
15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata 15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita dianggarkan bernilai RM55 juta melibatkan 47 premis melalui Op Hazard di seluruh negara dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar. #AWANInews

Pekerja penyelenggaraan direman tiga hari berhubung penemuan peluru
Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Kematian pegawai perbendaharaan: Kes diklasifikasikan semula jika ada keterangan perlakuan jenayah - Polis
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, kes itu setakat ini masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Ia atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."

'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

Pusat servis tayar, kereta serta 13 motosikal musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan berada dalam premis itu dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 3.49 pagi.
AWANI Ringkas: Siasatan kes Ismail Sabri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mula pada sesi persekolahan 2024/2025 - KPM
Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mula dilaksanakan di semua institusi pendidikan pada Sesi Persekolahan 2024/2025 bagi memartabatkan syiar Islam, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

Mahkamah tolak rayuan ibu mualaf untuk kembalikan status masuk Islam dua kanak-kanak
Keputusan sebulat suara berkata Mahkamah Rayuan terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes guru tadika M. Indira Ghandi.

Kerjasama UMNO-PAS beri manfaat kepada penyatuan ummah - Ismail Sabri
Kerjasama antara Umno dan PAS sekiranya dimaterialisasi akan memberi manfaat kepada penyatuan ummah, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

8 fakta penting tentang Sadiq Khan, Datuk Bandar London pertama beragama Islam
Dengan kemenangan bersejarah ini, mari kita lihat lapan fakta berkenaan Datuk Bandar London pertama beragama Islam, Sadiq Khan.