Pesawat yang terbang dari Benete di Sumbawa Barat itu menghadapi masalah teknikal ketika mendarat di lapangan terbang pada 9.26 pagi waktu tempatan.
Pengurus besar lapangan terbang itu, Ahmad Syaugi Shahab berkata pesawat itu tersangkut di landasan, menyebabkan penutupan sementara operasi semua penerbangan atas sebab keselamatan. Landasan itu ditutup selama kira-kira dua jam untuk memudahkan pemindahan dan menjalankan pemeriksaan yang diperlukan.
"ini dilakukan untuk memastikan tiada objek asing tertinggal di landasan, yang boleh membahayakan keselamatan penerbangan", kata Shahab.
Akibat kejadian itu, 10 penerbangan berlepas telah ditangguhkan, dan 21 penerbangan tiba terjejas, menurut lapangan terbang itu.
-- BERNAMA
