ANKARA: Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dan 23 yang lain cedera apabila sebuah bas penumpang tergelincir dan terbalik di lebuh raya di wilayah Kars timur Turkiye pada Ahad, lapor Xinhua memetik penyiar TRT.

Bas penumpang itu terbalik selepas melalui jejambat di jalan masuk ke kampung Karakurt di daerah Sarikamis di lebuh raya Erzurum-Kars, lapor TRT memetik kenyataan Gabenor wilayah Kars, Turker Oksuz.

Menurut TRT, bas penumpang itu tercampak dari ketinggian kira-kira 50 meter sebelum terbalik.

Pasukan perubatan, polis awam dan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian untuk membantu.

-- BERNAMA