JEPUN menemukan 7,000 buah pulau baharu – sesuatu yang tidak pernah dijangkakan negara itu.

Penemuan terbaharu oleh Jabatan Pemetaan dan Perangkaan Jepun (GSI) itu sekali gus menjadikan angka berkenaan meningkat dua kali ganda iaitu sebanyak 14,125 pulau berbanding hanya 6,852 pulau pada 1987 seperti yang direkodkan.

Pada Khamis, portal berita antarabangsa CNN melaporkan, penemuan terbaharu oleh GSI itu juga sekali gus mencerminkan kemajuan dalam teknologi kajian dan perincian yang digunakan dalam melakukan hitungan terbaharu.

Bagaimanapau, dalam masa sama, GCI berkata, perhitungan terbaharu tidak mengubah keseluruhan keluasan tanah yang dimiliki Jepun.

Bahkan, kata GSI, dalam kenyataan yang diedarkan, tiada kesepakatan yang dicapai di peringkat antarabangsa berhubung cara menghitung pulau.

Jepun juga masih menggunakan kriteria yang sama dalam melakukan hitungan pulau sebagaimana 35 tahun lalu.

Pihak berkuasa Jepun merekodkan ukur lilit keluasan kawasan daratan di negara itu ialah 100 meter (330 kaki).

Jepun juga tidak mengambil kira jumlah pulau buatan yang dilakukan secara tambakan.

Negara matahari terbit itu sememangnya diakui memiliki banyak pulau.

Namun begitu, terdapat beberapa pulau yang dilaporkan menjadi sengketa dan rebutan antara Jepun dengan beberapa negara lain.

Pulau Kuril misalnya menjadi sengketa antara negara itu dan Rusia selepas Perang Dunia II berakhir.

Bahkan, Jepun turut mendakwa Pulau Senkaku di Laut China Selatan adalah miliknya, namun, China menolak dakwaan berkenaan.

Tidak ketinggalan, Jepun dan Korea Selatan juga pernah berselisih berhubung kedaulatan guguasan pulau selama tujuh dekad.

Korea Selatan mendakwa, kelompok pulau di Timur Laur yang dikenali sebagai Dokdo miliknya manakala Jepun pula mengenalinya sebagai Takeshima.