Pihak berkuasa Thailand menahan lebih 400 warganegaranya kerana cuba menyeludup masuk ke negara itu dari Malaysia selepas lima pusat pemeriksaan sempadan darat dibuka semula pada Sabtu.
Timbalan Komander Tentera Bahagian Ke-4 Mej Jen Kriangkrai Srirak berkata kira-kira 300 rakyat Thai melintas sempadan pada Ahad tanpa berdaftar dengan Kedutaan Diraja Thailand di Kuala Lumpur, Konsulat Jeneral di Pulau Pinang atau Kelantan, atau kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan dan dokumen 'boleh melakukan perjalanan'.
Pada Sabtu, beliau berkata 130 ditahan semasa sedang melintas sempadan untuk masuk ke negara ini.
"Kesemua mereka didenda 800 baht dan dihantar ke fasiliti negara untuk menjalani kuarantin 14 hari," katanya.
Rakyat Thailand itu yang kebanyakannya bekerja di ladang kelapa sawit dan getah serta kapal nelayan di Malaysia pulang ke tanah air selepas Malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac dan menutup pusat pemeriksaan sempadan antara kedua-dua negara sejak 23 Mac.
Sementara itu, jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata sebanyak 2,548 rakyat Thailand yang terkandas di Malaysia telah mendaftar untuk pulang ke tanah air setakat bulan ini.
Beliau berkata sejak pusat pemeriksaan sempadan darat Thailand dan Malaysia dibuka semula pada Sabtu, pihak berkuasa relevan mengehadkan kira-kira 350 rakyat Thai dibenarkan pulang ke tanah air setiap hari.
"Pada hari pertama pusat pemeriksaan sempadan darat dibuka semula, 266 rakyat Thailand telah mendaftar untuk pulang manakala 303 orang hari ini," kata pada taklimat harian COVID-19 di Bangkok pada Ahad.
Katanya kedutaan Thailand di Kuala Lumpur dan semua Pejabat Konsulat di Malaysia telah memberikan bantuan seperti bungkusan penjagaan diri, makanan dan barangan keperluan kepada 10,396 rakyat Thailand di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 19 2020

Kesemua mereka didenda 800 baht dan dihantar ke fasiliti negara untuk menjalani kuarantin 14 hari. - Bernama
Proses bawa masuk warga Palestin: Kerajaan kenakan pemantauan, syarat keselamatan ketat - Fahmi
Kerajaan akan mengenakan pemantauan rapi serta syarat keselamatan yang ketat terhadap 15 warga Palestin yang bakal ditempatkan di negara ini, kata Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil.
Undang-undang langkah terakhir jika ibu bapa gagal patuh dasar pendidikan wajib sekolah menengah
Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, langkah ini diambil berdasarkan iktibar daripada pengalaman dalam menguruskan dasar pendidikan wajib sekolah rendah sebelum ini.
Kerajaan setuju Ocean Infinity teruskan operasi pencarian bangkai MH370
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, kelulusan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk meneruskan operasi pencarian dan memberikan penutup bagi keluarga waris MH370.
Tiada keputusan hari ini, hujahan pendakwaan pada Khamis
Mahkamah rayuan memaklumkan tiada keputusan dibuat pada hari ini berhubung rayuan kes Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dikaitkan dengan dana ARMADA.
Suami isteri antara tiga suspek disyaki buat tuntutan palsu RM8.4 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan sepasang suami isteri dan seorang pengarah syarikat disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM8.4 juta.
Perintah reman selama empat hari sehingga 22 Mac ini terhadap dua suspek lelaki telah dikeluarkan Majistret Nabila Nizam selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
Perintah reman selama empat hari sehingga 22 Mac ini terhadap dua suspek lelaki telah dikeluarkan Majistret Nabila Nizam selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
Polis selesai rakam keterangan lima individu terbabit video tular
Polis selesai merekod keterangan lima individu bagi membantu siasatan berkaitan rakaman video membabitkan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar, hasil siasatan mendapati, video berkenaan dimuat naik sebagai tanda sokongan dan keadilan kepada Zayn Rayyan.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar, hasil siasatan mendapati, video berkenaan dimuat naik sebagai tanda sokongan dan keadilan kepada Zayn Rayyan.
Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu menahan seorang pengurup wang berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Lebih 170 kanak-kanak Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak pagi Selasa
Lebih 170 kanak-kanak terbunuh semasa serangan pendudukan Israel di Semenanjung Gaza sejak awal pagi Selasa.
Luruan monsun dijangka berterusan hingga 23 Mac
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun dijangka berterusan hingga 23 Mac.
Hujan lebih 12 jam, Johor dilanda banjir
Hujan lebat berterusan sejak pukul 9 pagi Rabu menyebabkan beberapa kawasan rendah di Johor dinaiki air.

Laluan pejalan kaki di Bangkok runtuh, undang kritikan terhadap pihak berkuasa
Laluan pejalan kaki yang telah diubah suai sejak sebulan lalu di jalan Vibhavadi Rangsit di Bangkok runtuh ketika pejalan kaki sedang melaluinya.

Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.

Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.

Piala ASEAN: Vietnam selangkah rampas semula kejuaraan tundukkan Thailand 2-1
Bintang Vietnam Rafaelson Fernandes sekali lagi muncul wira tuan rumah apabila meledak jaringan berganda masing-masing pada babak kedua perlawanan.

Pemandu bas sekolah akan didakwa selepas kebakaran ragut 23 nyawa, kata polis Thailand
Pemandu itu menyerah diri pada lewat petang Selasa dan sedang disoal siasat di balai polis Khu Khot.

23 dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat terbakar di Bangkok
Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk pelajar dari wilayah Uthai Thani di utara Thailand, dikhuatiri terkorban selepas bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbakar pada Selasa.

ATBC: Muhammad Rafiq menang emas, Malaysia sapu bersih pingat perseorangan lelaki
Muhammad Rafiq menebus kekecewaan pada edisi lepas dengan menjuarai acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia.

Kedutaan Malaysia di Bangkok anjur resepsi hari kebangsaan, sambut hubungan dua hala yang erat
Lebih 600 tetamu, termasuk diplomat asing, profesional Malaysia, ahli perniagaan, wakil dewan perniagaan dan Malaysians in Bangkok (MIB) hadir.

Penerbangan Malaysia Airlines ke Bangkok buat penurunan kecemasan dan pulang ke KLIA
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami "isu tekanan" semasa dalam penerbangan ke Bangkok hari ini selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5:59 petang.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.