KHARTOUM: Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) pada Isnin berkata kira-kira 4.8 juta orang telah kehilangan tempat tinggal di dalam dan di luar Sudan akibat konflik antara Angkatan Tentera Sudan (SAF) dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) sejak pertengahan April.
Kira-kira satu juta orang telah melintasi sempadan ke negara jiran, kata OCHA dalam kemas kini terbaharunya, sambil menyatakan sekurang-kurangnya dua juta kanak-kanak telah meninggalkan rumah mereka sejak konflik di Sudan meletus lebih empat bulan lalu.
Terdahulu pada Isnin, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) merayu US$1 bilion untuk menyediakan bantuan penting dan perlindungan kepada lebih 1.8 juta orang yang dijangka tiba di lima negara jiran menjelang akhir 2023 selepas melarikan diri dari konflik yang berterusan di Sudan, lapor Xinhua.
"Ini adalah peningkatan dua kali ganda daripada apa yang dianggarkan pada awal Mei yang diperlukan untuk menangani krisis ini," menurut UNHCR dalam satu kenyataan.
Ia menambah lebih daripada satu juta pelarian, orang yang kembali dan warganegara ketiga telah melarikan diri dari negara itu.
Sudan telah menyaksikan pertempuran bersenjata maut antara SAF dan RSF di Khartoum dan kawasan lain sejak 15 April, yang menyebabkan lebih 3,000 orang maut manakala lebih 6,000 cedera, menurut Kementerian Kesihatan Sudan.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Tue Sep 05 2023
Wanita Sudan yang meninggalkan bandar Murnei di wilayah Darfur, menunggu bersama barangan mereka untuk berdaftar dengan UNHCR selepas menyeberang sempadan antara Sudan dan Chad, di Adre, Chad, 26 Julai 2023. REUTERS
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
Pelarian di Sudan gigih cari rezeki dengan manisan
Golongan wanita berpeluang mempelajari kemahiran membuat manisan untuk mendapatkan makanan dan menjana pendapatan.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
71 peratus rakyat Sudan dilapor alami pelanggaran hak asasi manusia ketika melarikan diri - PBB
"Tahap trauma yang dialami amat dahsyat, dengan keluarga masih dalam keadaan terkejut selepas menyaksikan keganasan."
Indonesia bongkar rangkaian penyeludupan manusia libatkan pelarian Rohingya di Aceh
Polis Aceh mengesahkan bahawa tiga suspek telah dikenal pasti manakala lapan lagi kekal dalam senarai dikehendaki.
Ketua Pelarian PBB gesa negara tamatkan kawalan sempadan yang 'tidak berkesan'
Filippo Grandi menekankan pentingnya program penginapan sah dan regularisasi serta memperluas laluan sah untuk migran dan pelarian.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
Hamas sah kematian seorang lagi komander dalam serangan di Lubnan
Kumpulan Pejuang Palestin, Hamas pada Sabtu mengesahkan kematian seorang lagi komander mereka di Lubnan, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Syria kini dibebani pelarian Lubnan
Kini, giliran Syria menjadi tuan rumah kepada penduduk yang terdesak mencari perlindungan dari peperangan.
Lantang bersuara hentikan perang Gaza, bina semula institusi pendidikan - Dr Wan Azizah
Masyarakat dunia diseru bersatu dalam menyuarakan desakan menghentikan perang di Gaza, yang telah memusnahkan institusi pendidikan di Palestin.
Mempertingkatkan hak wanita tanggungjawab bersama - Raja Permaisuri Agong
Raja Zarith Sofiah bertitah menjadi tanggungjawab kepada semua pihak untuk meningkatkan hak wanita bagi memastikan golongan itu dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam masyarakat.