GAZA: Seramai 300 rakyat Palestin terbunuh pada hari kelapan serangan Israel ke atas Gaza, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Jurucakap Ashraf al-Qidra berkata kebanyakan yang terbunuh pada Sabtu terdiri kanak-kanak dan wanita, lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata seramai 800 lagi penduduk Palestin cedera dalam serangan itu.

Sejak 7 Okt lepas, Israel melakukan serangan bertubi-tubi ke atas Semenanjung Gaza yang memusnahkan kawasan kediaman, selain menyebabkan ribuan penduduk terkorban dan cedera, dengan hampir 40 peratus daripada mangsa terdiri kanak-kanak dan wanita.

[LAPOR LANGSUNG] Perang Palestin-Israel: Doktor di Gaza beri amaran malapetaka kemanusiaan

-- BERNAMA