MOSCOW: Tiga maut manakala empat lagi cedera akibat letupan gas di sebuah bangunan kediaman sembilan tingkat di bandar Balashikha Wilayah Moscow pada Rabu, menurut Kementerian Perkhidmatan Kecemasan Rusia.

"Pada masa ini, terdapat tujuh mangsa, tiga meninggal dunia, seorang dipindahkan untuk menerima rawatan, tiga dirawat di lokasi," kata jurucakap kementerian itu.

Letupan berlaku di tingkat empat bangunan hingga mengakibatkan tingkat tiga dan empat bangunan runtuh, lapor Sputnik.

-- BERNAMA