BANGKOK: Seramai 28 orang cedera ringan selepas terjatuh ketika berebut untuk menaiki eskalator di stesen Skytrain Surasak di daerah Bang Rak, Bangkok.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, pengendali skytrain Bangkok Transit System (BTS) berkata kejadian itu berlaku pada 6.38 petang (waktu tempatan), Sabtu dan menafikan laporan berita insiden itu berpunca daripada kerosakan eskalator.
BTS menutup sementara eskalator berkenaan untuk pemeriksaan dan akan memastikan mereka yang cedera diberikan rawatan yang sewajarnya, menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Timbalan Inspektor di Balai Polis Yannawa, Leftenan Kolonel Somyot Bunnakaew berkata kejadian berkenaan berlaku apabila sekumpulan pengguna komuter yang baru selesai menghadiri konsert meraikan ulang tahun ke-170 Kolej Kristian Bangkok, berebut menaiki eskalator berikutan hujan lebat.
"Dipercayai seseorang pengguna yang berada di bahagian atas eskalator terjatuh dan mencetuskan kesan "domino" yang menyebabkan pengguna lain turut terjatuh," katanya.
Sukarelawan penyelamat bergegas ke tempat kejadian dan mangsa yang cedera - dua lelaki dan 26 wanita dihantar ke hospital berdekatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022

Bangkok Transit System (BTS) menafikan laporan berita insiden itu berpunca daripada kerosakan eskalator. - Gambar fail/ AP

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

28 pengguna eskalator Stesen Skytrain Bangkok cedera terjatuh
Seramai 28 orang cedera ringan selepas terjatuh ketika berebut untuk menaiki eskalator di stesen Skytrain Surasak di daerah Bang Rak, Bangkok.