Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, kira-kira 230,000 dos mpox tersedia serta-merta untuk dihantar.
Dos ini disumbangkan oleh Suruhanjaya Eropah dan pengeluar vaksin mpox Denmark Bavarian Nordic.
WHO berkata bahawa rakan kongsinya boleh membeli vaksin mpox sebelum ia diluluskan oleh agensi kesihatan PBB, dalam usaha untuk mendapatkan inokulasi ke Afrika dengan lebih cepat.
WHO kini sedang menyemak permohonan lesen kecemasan untuk dua vaksin yang dibuat oleh Bavarian Nordic dan KM Biologics Jepun.
Dr Tedros berkata ini dijangka diberikan dalam dua minggu akan datang.
Rosamund Lewis, Ketua Teknikal WHO untuk mpox berharap vaksin berkenaan dan campur tangan lain oleh rakan kongsi kesihatan akan membantu kes mpox turun semula dalam masa terdekat.
WHO baru-baru ini mengisytiharkan tahap amaran tertinggi disebabkan wabak mpox di Afrika dan varian baharu yang berpotensi lebih berbahaya.
Selain Republik Demokratik Congo, Burundi dan negara jiran juga turut terjejas.