TOKYO: Sejumlah 23 penduduk Hiroshima Jepun memfailkan saman di Mahkamah Daerah Hiroshima, menuntut pengiktirafan status mereka sebagai mangsa "hujan hitam" (black rain) radioaktif berikutan pengeboman atom Amerika Syarikat (AS) pada 1945, lapor Xinhua.
Dalam tuntutan pada Jumaat, plaintif yang berumur 70 hingga 90 tahun, berkata skop "black rain" adalah lebih luas daripada dakwaan kerajaan dan jika didapati terdedah kepada radioaktif, mereka sepatutnya dikenal pasti sebagai mangsa tanpa mengira sama ada sakit atau tidak.
"Black rain", hujan radioaktif yang turun selepas bom atom AS meletup di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945. Mereka yang terkena hujan itu atau minum air dan memakan tanaman yang tercemar menderita sakit.
Kerajaan Jepun membahagikan kawasan tercemar radioaktif daripada letupan nuklear kepada dua zon iaitu zon hujan lebat dan zon hujan tidak lebat.
Hanya penduduk yang menghidap penyakit berkaitan radiasi di zon hujan lebat dikenal pasti sebagai mangsa letupan nuklear dan diberikan rawatan yang berkaitan.
Pada Julai 2021, Mahkamah Tinggi Hiroshima memutuskan bahawa 84 orang di wilayah Hiroshima layak menerima manfaat penjagaan kesihatan negeri walaupun mereka di luar kawasan yang diiktiraf oleh kerajaan.
Sebagai tindak balas kepada keputusan itu, kerajaan Jepun melancarkan skim baharu pada April 2022, dengan menyatakan mereka yang memenuhi dua syarat akan diberikan sijil mangsa bom atom iaitu mereka yang atau mungkin terdedah kepada "hujan hitam" dan mereka yang telah menghidap penyakit termasuk 11 penyakit tertentu.
Kesemua 23 plaintif sebelum ini memohon pengedaran manual kesihatan untuk mangsa bom nuklear berdasarkan inisiatif baharu, tetapi ditolak kerana tidak dapat membuktikan tempat tinggal mereka pada masa itu, dan yang lain tidak dimaklumkan mengenai keputusan itu selepas memohon lebih daripada setahun dan lima bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2023
Kerajaan Jepun membahagikan kawasan tercemar radioaktif daripada letupan nuklear kepada dua zon iaitu zon hujan lebat dan zon hujan tidak lebat. - Foto fail/AP
Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024
Gandingan adik beradik, Aifa Azman-Aira Azman menepati ramalan apabila bergelar juara beregu wanita Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024.
Program MADANI Rakyat Zon Timur catat jumlah pengunjung tertinggi
Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan melabuhkan tirai hari ini dengan mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi dalam tiga siri penganjurannya iaitu jumlah pengunjung me
AWANI 7:45 [07/07/2024] - Peringatan Agong | Usah korban jati diri demi kuasa | Isu buli siber jadi tumpuan | Nasib berbeza dua 'gergasi' bola sepak
#AWANI745 malam ini bersama Syaff Shukri;
1. Agong ingatkan, jangan jadikan media sosial tempat buka aib
2. Jangan korban jati diri untuk kuasa dan populariti, pesan Sultan Kedah
3. Belum ada jaminan BN dan PH kerjasama hadapi PRU16
4. England gembira, Brazil berduka, nasib berbeza dua gergasi bola sepak
1. Agong ingatkan, jangan jadikan media sosial tempat buka aib
2. Jangan korban jati diri untuk kuasa dan populariti, pesan Sultan Kedah
3. Belum ada jaminan BN dan PH kerjasama hadapi PRU16
4. England gembira, Brazil berduka, nasib berbeza dua gergasi bola sepak
1,400 veteran ATM disasar sertai Program Desa MADANI tahun ini
Kementerian Pertahanan menyasarkan 1,400 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyertai Program Veteran Desa Madani (VDM) seluruh negara tahun ini.
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus
Pentas jual anugerahkan pakej media bernilai RM55,600
Jelajah JIWA SME 2024 melabuhkan tirai untuk siri pertama di Johor Bahru. Pemyampai Astro AWANI, Irfan Faruqi membawakan perinciannya.
Perpaduan kaum, agama asas penting mesti dipelihara - Agong
Sultan Ibrahim bertitah dalam konteks Malaysia, perpaduan kaum dan agama yang kukuh adalah asas penting yang mesti dipelihara.
John Cena umum bakal bersara dari gelanggang WWE
John Cena, hari ini mengejutkan peminat dengan mengumumkan akan bersara daripada gelanggang gusti pada tahun hadapan.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama Sukan SEA 2027 - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027, menurut Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
'Unifikan' platform perniagaan anda dengan Unifi Business
Unifi Business selaku rakan digital pilihan lebih 400,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berhasrat membantu mentransformasikan perniagaan melalui penyelesaian digital komprehensif.
23 penduduk Hiroshima fail saman kerana tidak diperakui sebagai mangsa 'hujan hitam' bom atom
Mereka menuntut pengiktirafan status mereka sebagai mangsa 'hujan hitam' radioaktif berikutan pengeboman atom Amerika Syarikat pada 1945.