DHAKA: Pihak berkuasa di Bangladesh telah memindahkan ratusan ribu penduduk ke tempat selamat apabila siklon tropika di Teluk Bengal melanda pantai selatan negara itu, kata pegawai pada Ahad.
Dua kematian dilaporkan, kata Menteri Pengurusan Bencana dan Bantuan Negeri, Muhibur Rahman lewat Ahad.
Seorang mangsa dihanyutkan oleh ombak badai di daerah Patuakhali manakala seorang lagi meninggal dunia ketika berlari mencari perlindungan semasa ribut di daerah Satkhira.
Ribut itu mula melintasi pantai di daerah selatan Khepupara di Bangladesh dan di sebahagian negeri Bengal Barat di India sekitar 8 malam (1400 GMT), kata agensi berita Jerman (dpa) memetik kenyataan ahli meteorologi Shamim Ahsan dalam taklimat berita di Dhaka.
Siklon yang dinamakan Remal itu melanda pantai dengan kelajuan angin sehingga 120 kilometer sejam, sambil menambah ia mungkin mengambil masa dua jam untuk pusat taufan melintasi garis pantai.
Sebelum ini, kerajaan telah memindahkan lebih 800,000 penduduk pantai ke tempat perlindungan siklon, kata seorang menteri muda Bangladesh, ketika Remal, yang dikategorikan oleh ahli meteorologi sebagai Ribut Siklon Teruk, sedang menuju ke pantai.
"Orang lain di kawasan pantai juga diminta berpindah ke tempat selamat," kata Muhibur Rahman selepas mesyuarat mengenai persiapan taufan.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Bangladesh telah menggantung penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Shah Amanat di bandar pelabuhan selatan Chattogram.
Jika cuaca mengizinkan, lapangan terbang itu mungkin akan menyambung semula operasi pada pagi Isnin, kata Ibrahim Khalil, pegawai media pihak berkuasa penerbangan di Chattogram.
Pantai Bangladesh sering dilanda taufan tropika yang membawa maut yang terbentuk di Teluk Bengal.
Lebih 450,000 orang terbunuh dalam 12 taufan besar yang melanda pantai Bangladesh sejak 1965, menurut laporan Bangladesh 2016 mengenai kesiapsiagaan pengurusan bencana.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024
Siklon yang dinamakan Remal itu melanda pantai dengan kelajuan angin sehingga 120 kilometer sejam. - Gambar/ Reuters
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Ribut salji: lebih 200,000 rumah putus bekalan elektrik di Bosnia dan Balkan
Lebih 200,000 rumah di seluruh Bosnia dan Herzegovina masih terputus bekalan elektrik untuk hari kedua pada Rabu selepas ribut salji menyebabkan gangguan meluas di beberapa negara Balkan.
Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza
IDF akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan sebarang cubaan yang berpotensi mengancam negara itu atau anggotanya.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan di sebuah penjara di ibu kota Mozambique, Maputo, telah meragut nyawa 33 orang dan mencederakan 15 yang lain.
2 terkorban, ratusan ribu dipindahkan ketika taufan landa pantai Bangladesh
Pihak berkuasa di Bangladesh telah memindahkan ratusan ribu penduduk ke tempat selamat apabila siklon tropika di Teluk Bengal melanda pantai selatan negara itu, kata pegawai pada Ahad.
Angka kematian akibat siklon tropika mencecah 40 di Brazil
Seramai 3,575 orang telah dipindahkan manakala sembilan masih hilang dan jumlah kematian dijangka meningkat apabila lebih ramai mangsa ditemui.
Satu lagi siklon tropika dijangka badai China
Siklon tropika pada akhir September ini diramal membawa bersama angin ribut kencang dan hujan lebat ke wilayah selatan dan tenggara China.
Malawi: Angka kematian akibat Siklon Freddy cecah 99
Kalemba berkata hampir 150 orang mengalami kecederaan serius di 10 daerah yang terjejas teruk akibat taufan itu.
Siklon Bulbul: Enam maut, 36 nelayan hilang
Siklon Bulbul dengan kelajuan angin hingga 130 kilometer sejam mula membadai Bangladesh pada Ahad.
Lapan maut selepas Siklon Fani badai negeri Odisha, India
Tiga orang termasuk seorang remaja lelaki, telah dilaporkan terbunuh di daerah Puri manakala tiga lagi di Bhubaneswar dan kawasan berhampiran.