ANKARA: Sekurang-kurangnya dua orang maut, manakala lebih 400,000 penduduk terputus bekalan elektrik susulan ribut melanda beberapa negeri di sepanjang Pantai Timur Amerika Syarikat dari Pennsylvania ke Georgia sejak awal Selasa.
Pada petang Isnin, lebih sejuta kediaman terputus bekalan elektrik akibat cuaca buruk, menurut laman sesawang PowerOutage, manakala data terkini menunjukkan kira-kira 410,000 isi rumah di sepanjang Pantai Timur terputus bekalan elektrik, lapor Agensi Anadolu.
Di Alabama, seorang lelaki berusia 28 tahun maut selepas dipanah petir di tempat letak kereta taman industri, lapor harian ABC News, memetik polis tempatan.
Sementara itu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun meninggal dunia di Anderson, Carolina Selatan, selepas pokok menimpanya di luar perkarangan rumah datuk dan neneknya, menurut CBS News, memetik Ketua Jabatan Bomba bandar Charles King.
Menjelang awal Selasa, lebih 985 penerbangan AS dibatalkan dan hampir 7,000 lagi ditangguhkan, menurut laman penjejakan penerbangan FlightAware.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023

Kejiranan di Forrest Avenue, Siuth Highland yang berada dalam kegelapan pada waktu malam susulan bekalan elektrik yang terputus sejak dilanda ribut. - AP
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Lebih 250,000 isi rumah di Republik Czech tiada bekalan elektrik berikutan hujan lebat
Situasi paling kritikal berlaku di bahagian timur Wilayah Moravia-Silesia yang bersempadan dengan Poland.

2 maut, lebih 400,000 terputus bekalan elektrik susulan ribut landa timur AS
Di Alabama, seorang lelaki berusia 28 tahun maut selepas dipanah petir di tempat letak kereta taman industri.

Lebih 4,000 penduduk di Seoul terputus bekalan elektrik akibat hujan lebat
Lebih 2,000 isi rumah di Seodaemun terputus bekalan elektrik selepas talian kuasa voltan tinggi terjejas akibat pokok tumbang.

Hujan beku: Lebih sejuta penduduk Kanada terputus bekalan elektrik
Hujan beku dan angin kencang menyebabkan 1,134,426 rakyat Kanada terputus bekalan elektrik.

Amaran cuaca sejuk hampir 30 negeri di AS
Amaran cuaca sejuk dikeluarkan di 29 negeri di Amerika Syarikat dengan lebih 65 juta rakyat akan mengalami kesejukan yang melampau.

Bekalan elektrik di Pakistan pulih sepenuhnya - Menteri
Gangguan bekalan elektrik di Pakistan telah pun pulih sepenuhnya selepas terputus bekalan selama kira-kira 24 jam pada Isnin.

Bekalan elektrik terputus di Kampung Orang Asli Sungai Raya pulih - TNB
Kerja-kerja pembaikan dibuat sejurus mendapat pengesahan pihak berkuasa bahawa keadaan laluan ke tempat kejadian adalah selamat.

Taufan badai utara Perancis
Bumbung dilaporkan terbang, pokok tumbang selain bekalan elektrik terputus di pekan Bihucourt.

Taufan Fiona: 380,000 terputus bekalan elektrik di Nova Scotia
Antara kerosakan yang dahsyat melanda adalah rumah dan jalan raya hanyut, serta banyak pokok yang tumbang.

Gangguan elektrik, lalu lintas apabila sebahagian besar Serbia dilitupi salji tebal
Di ibu negara, ramai terpaksa diselamatkan selepas terperangkap dalam kenderaan yang rosak akibat dihempap pokok yang tumbang.