Banjir sehingga paras dada dilaporkan di beberapa kawasan terjejas, termasuk ibu kota Metro Manila, memaksa pihak berkuasa menangguhkan sesi persekolahan dan operasi kerajaan.
Menurut pegawai tempatan, mangsa yang maut ialah seorang gadis berusia 17 tahun dan seorang wanita berusia 26 tahun yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berasingan di Cebu City, kira-kira 570 kilometer di selatan Manila.
Sepuluh orang turut cedera dalam kejadian tanah runtuh berkenaan.
Menurut pengawal pantai, beberapa penerbangan domestik dibatalkan, manakala aktiviti pelayaran digantung di pelabuhan timur dan tengah, menyebabkan lebih 2,200 penumpang terkandas.
Biro cuaca berkata Yagi membawa angin kencang dengan kelajuan maksimum 75 kilometer sejam (km/j) dan tiupan angin kencang sehingga 90 km/j.
Ribut itu sedang bergerak ke arah barat laut pada kelajuan 15 km/j dan dijangka meningkat menjadi ribut tropika kuat menjelang Rabu.
"Yagi juga mungkin mencapai kategori taufan menjelang Khamis atau Jumaat," menurut biro cuaca.
-- BERNAMA