PHNOM PENH: Kira-kira 2.2 juta kanak-kanak di Kemboja, atau 37.1 peratus daripada jumlah populasi kanak-kanak di negara itu kini terdedah kepada kekerapan tinggi gelombang haba, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Kemboja adalah antara 23 negara yang termasuk dalam kategori tertinggi bagi pendedahan kanak-kanak kepada suhu tinggi melampau, Xinhua memetik UNICEF dalam laporan baharunya bertajuk "Tahun Paling Sejuk Sepanjang Kehidupan Mereka: Melindungi Kanak-Kanak daripada Kesan Peningkatan Gelombang Haba".
Gelombang haba menjejaskan teruk kanak-kanak, kerana mereka kurang mampu mengawal suhu badan berbanding orang dewasa, menurut kenyataan UNICEF itu pada Rabu, yang menambah semakin mereka terdedah kepada gelombang haba, lebih besar kemungkinan ia akan menjejaskan kesihatan mereka termasuk pernafasan kronik, asma, dan penyakit jantung.
Pemangku wakil UNICEF-Kemboja Anirban Chatterjee berkata perubahan iklim mengancam nyawa dan kesejahteraan kanak-kanak Kemboja, dengan laporan ini menunjukkan bahawa pada masa hadapan Kemboja akan menjadi antara negara yang paling terjejas teruk di dunia.
"Oleh itu, kami bekerjasama erat dengan kerajaan Kemboja untuk menangani cabaran perubahan iklim dan melindungi alam sekitar," katanya.
Chatterjee berkata UNICEF juga bekerjasama dengan kementerian pendidikan, belia dan sukan untuk memastikan kanak-kanak belajar tentang perubahan iklim dan cara bagaimana mereka boleh mengambil tindakan positif untuk melindungi komuniti daripada kesan perubahan iklim dan kemerosotan alam sekitar.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2022
Perubahan iklim mengancam nyawa dan kesejahteraan kanak-kanak Kemboja. - Gambar hiasan
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Thailand sasar sejuta pelajar tercicir kembali ke sekolah
Thailand telah memulakan inisiatif di seluruh negara untuk menangani isu keciciran pembelajaran melalui dasar "Thailand Zero Dropout".
Cadangan elaun penjagaan kanak-kanak sejagat perlu penelitian rapi - KPWKM
Pertimbangan tersebut wajar dilakukan dengan mengambil kira kesesuaian kedudukan fiskal kerajaan.
Abang Johari saran wujudkan mekanisme kawal inflasi agar pekerja dapat manfaat penuh kenaikan gaji
Satu mekanisme perlu diwujudkan bagi mengawal inflasi secara efektif untuk memastikan pekerja memperoleh manfaat sepenuhnya daripada kenaikan gaji, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kajian UNICEF: Cadangan gaji minimum RM2,102 akan dipertimbang secara menyeluruh - Rafizi
Cadangan UNICEF agar kadar gaji minimum ditetapkan pada RM2,102 sebulan berbanding RM1,500 ketika ini akan dipertimbang oleh kerajaan secara menyeuruh.
'Bandar kanak-kanak', Rafah tidak boleh diserang - UNICEF
Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
UNICEF gesa supaya pemindahan untuk merawat kanak-kanak cedera di Gaza ditingkatkan
Kekurangan petugas dan bekalan memberikan kesan negatif terhadap penjagaan yang mereka boleh berikan, terutamanya untuk pembedahan.
Gelombang haba menyebabkan berjuta-juta kanak-kanak di Asia berisiko
Tahun 2024 bakal menjadi tahun paling panas dalam rekod, diburukkan lagi dengan iklim ekstrem dan peningkatan pelepasan gas rumah hijau.