Sekurang-kurangnya 17 penumpang bas termasuk tujuh kanak-kanak maut manakala kira-kira 50 lagi cedera dalam nahas jalan raya di Nepal pada Ahad, kata polis.

Timbalan Superintenden Polis Daerah Sindhupalchowk, Madhav Kafle, berkata nahas berlaku di Lebuhraya Araniko apabila bas malang itu terbabas sebelum terjunam ke dalam Sungai Sunkoshi kira-kira pukul 1.15 petang waktu tempatan.

Bas itu dalam perjalanan dari Dolakha menuju ke Kathmandu.

"Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Dhulikhel di daerah Kavrepalanchowk," kata Kafle lapor agensi berita Xinhua.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas.

-- BERNAMA