NEW YORK: Sekurang-kurangnya 17 orang maut akibat ribut salji melanda Amerika Syarikat (AS) manakala lebih 1.7 juta kediaman dan syarikat dilaporkan terputus bekalan elektrik, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan dan Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) Sabtu.
NWS mengumumkan bahawa angin ribut yang datang dari arah Artik menjejaskan kira-kira dua pertiga bahagian di AS dan memberi kesan ketara di bahagian tengah dan timur negara pada akhir minggu ini.
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa jarak penglihatan menurun kepada sifar akibat ribut salji, dengan tiupan angin mencecah 115 kilometer (71 batu) sejam di beberapa kawasan.
Menurut laman sesawang Power Outage, lebih 1.7 juta rumah dan syarikat perniagaan di seluruh negara terputus bekalan elektrik dan ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum bekalan elektrik dapat dipulihkan.
Lebih daripada 200 juta orang dijangka terjejas akibat cuaca buruk di AS.
Darurat telah diisytiharkan di beberapa negeri, termasuk New York, Virginia, Kentucky, Georgia, Carolina Utara dan Oklahoma, manakala Presiden AS Joe Biden menggesa rakyat supaya mematuhi amaran itu.
Sementara itu, laman sesawang FlightAware melaporkan bahawa lebih 8,000 penerbangan dibatalkan dan lebih 25,000 penerbangan ditangguhkan menjelang cuti Hari Natal dan Tahun Baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 25 2022

Angin ribut yang datang dari arah Artik menjejaskan kira-kira dua pertiga bahagian di Amerika Syarikat. - AP
Platform X berdepan serangan siber skala besar
Pemilik media sosial X, Elon Musk sahkan platform itu berdepan serangan siber besar-besaran, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau sengaja disasarkan kerana menimbulkan pergeseran politik di Amerika Syarikat (AS)
Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht.

Paus Francis stabil, tetapi perlu kekal di hospital
Keadaan kesihatan Paus Francis kini stabil, namun beliau masih perlu menjalani rawatan di hospital, menurut pasukan perubatan pada Isnin.

'Perang' lagu raya, Daiyan Trisha muncul dengan 'pick-up line' Jom Raya
Dilancarkan pada 28 Feb lepas, lagu itu yang liriknya ditulis bersama-sama dengan Glowrush dan Efry Arwis, mempunyai dua versi, iaitu duet dan solo.
21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Kementerian Perpaduan Negara mengenal pasti 21 lokasi di seluruh negara yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai tapak perpaduan.
Operasi padam kebakaran ladang, hutan di Gebeng ditamatkan sepenuhnya
Pemantauan rapi akan terus dijalankan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng selama tiga hari bagi memastikan tiada kesan bara yang boleh mencetuskan kebakaran semula.
Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang menjadi tuan rumah kepada 2,059 acara perniagaan pada 2024, menunjukkan peningkatan luar biasa sebanyak 240.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Imigresen serbu dua klinik bedah kosmetik cantikkan hidung milik warga asing
Jabatan Imigresen menahan sembilan warga asing dalam serbuan di dua unit kondominium di Desa Petaling dan Bukit Jalil, dipercayai menjalankan prosedur pembedahan kosmetik tanpa lesen didalangi doktor warga asing.
Polis tunggu hasil laporan 6 ubat diambil dari kediaman Ridz Okumura
Polis mengesahkan masih menunggu laporan berkaitan enam jenis ubat yang diambil dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura.

Bank Islam bolehkan pengguna mohon tukar 'Duit Raya' melalui aplikasi BIMB
Tempahan dibuka hingga 14 Mac 2025, dengan minimum penukaran RM100.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Ribut salji: 32,000 isi rumah terputus bekalan elektrik di Poland
Pasukan bomba telah bertindak terhadap hampir 1,000 insiden berkaitan cuaca sejak Khamis.

Ribut salji landa Colorado
Cuaca buruk dilaporkan bermula sejak Rabu malam, menyaksikan salji paling tebal turun di Denver, diramal berakhir pada Jumaat pagi.

Ribut salji, puting beliung kecil landa California Selatan
Cuaca buruk yang terjadi di California Selatan, di mana ribut salji dan puting beliung kecil terjadi di tengah-tengah musim bunga.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ribut salji melanda beberapa bahagian di AS
Jumlah salji dijangka terus menebal antara beberapa inci hingga beberapa kaki, bergantung kepada kawasan.

Sekurang-kurangnya 12 cedera ribut musim sejuk melanda AS
Sekurang-kurangnya 12 cedera akibat ribut musim sejuk di AS

Ribut salji badai California, 100,000 premis terputus bekalan elektrik
Ribut yang mula melanda negeri itu pada Khamis turut mencetuskan hujan batu dan salji lebat luar biasa yang diramal berlarutan sehingga hujung minggu.

17 maut akibat ribut salji di Jepun
Ribut salji dilaporkan melanda sebahagian besar kawasan di Jepun yang mengakibatkan 17 individu maut manakala lebih 90 orang cedera.

Angka kematian akibat ribut salji di AS meningkat kepada 62
Angka kematian akibat ribut salji yang melanda daerah Buffalo di New York meningkat kepada 28 pada Selasa.