MANNHEIM: Seramai 15 pekerja di loji kimia BASF di Ludwigshafen mengalami kecederaan ringan akibat kebakaran yang berpunca daripada letupan, lapor Agensi Berita Jerman dpa.

Mangsa yang cedera diberi rawatan di lokasi kejadian sebelum dibenarkan pulang.

Letupan dipercayai berlaku di bahagian selatan loji dan pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran.

Kenderaan pemantau alam sekitar mengesan peningkatan minimum paras hidrokarbon di dalam loji dan kawasan sekitar.

"Insiden terbabit tidak mendatangkan sebarang ancaman kepada penduduk," menurut pihak syarikat.

-- BERNAMA