Sekurang-kurangnya 14 penumpang cedera apaila sebuah kereta api lima gerabak dan tanpa pemandu di Tokyo bergerak dalam arah yang salah lalu merempuh sebuah hentian.

Insiden yang melibatkan kereta api bebas pemandu itu adalah yang pertama seumpamanya dalam tempoh 30 tahun.

Media tempatan turut melaporkan tentang kecederaan serius yang dialami mangsa namun tidak mengancam nyawa.

Kereta api itu melanggar zon penampan di hentian stesen Shin-Sugita selepas bergerak pada arah yang salah sejauh 20 kilometer.


Perkara itu dijelaskan oleh presiden pengandali kereta api, Akihiko Mikami, dalam satu sidang media tengah malam semalam.

Stesen tersebut merupakan terminal bagi jajaran pesisiran Kanazawa di bandar pelabuahan Yokohama.

Mikami menambah, pihak pengendali perkhidmatan telah menutup laluan tersebut, dan belum pasti sama ada ia akan disambung semula.

Berbanding kereta tanpa pemandu yang masih menjalani fasa ujian di banyak negara, kereta api tanpa pemandu di Jepun pula mempunyai sejarah yang panjang.