Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera apabila seorang pengebom bunuh diri meletupkan sebuah kereta di pintu masuk pasar sayur utama di Baghdad pada Ahad.
"Seorang askar di pintu Pasar Jamila melepaskan tembakan pada kereta pengebom bunuh diri tetapi suspek telah meletupkan kenderaannya," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri Saad Maan.
Seorang kolonel polis dan pegawai hospital berkata sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan 35 lagi cedera, lapor AFP.
Maan berkata askar yang melepaskan tembakan ke arah penyerang itu adalah antara yang cedera.
Jamila ialah pasar sayur-sayuran borong utama di Baghdad dan terletak di Sadr City, perkhidmatan yang luas, di kejiranan yang kebanyakannya berfahaman Syiah, di timur laut ibu negara ini yang telah berkali-kali menjadi sasaran.
Tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu tetapi semua insiden pengeboman baru-baru ini didalangi golongan pelampau Sunni daripada kumpulan militan Daish.
Serangan dahsyat yang terbaharu oleh Daish adalah pada 2 Januari - juga di Sadr City - apabila seorang pengebom berani mati meletupkan kenderaan penuh dengan bahan letupan ketika buruh harian menunggu pekerjaan, yang membunuh 35 orang.
Agensi
Sun Jan 08 2017
![11 maut dalam serangan bunuh diri di pasar sayur Baghdad 11 maut dalam serangan bunuh diri di pasar sayur Baghdad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51483868713_Baghdad.jpg)
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera apabila seorang pengebom bunuh diri meletupkan sebuah kereta di pintu masuk pasar sayur utama di Baghdad pada Ahad. -Reuters
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Lebih 340,000 syarikat buat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial
Sebanyak 340,637 syarikat telah membuat transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial (beneficial ownership) bagi tempoh 1 April hingga 14 Julai lepas.
Polis tunggu laporan makmal tentukan punca kematian Nur Farah Kartini
Polis sedang menunggu laporan makmal bagi menentukan punca kematian berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, Nur Farah Kartini Abdullah.
![11 maut dalam serangan bunuh diri di pasar sayur Baghdad 11 maut dalam serangan bunuh diri di pasar sayur Baghdad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51483868713_Baghdad.jpg)
11 maut dalam serangan bunuh diri di pasar sayur Baghdad
Seorang kolonel polis dan pegawai hospital berkata sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan 35 lagi cedera.