Korea Selatan melaporkan tiada pertambahan kes Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) buat hari yang ke 11 berturut-turut pada Khamis.
Kementerian Kesihatan dan Kebajikan turut menyatakan tiada kematian dilaporkan sejak Jumaat minggu lalu, lapor agensi berita Korea Yonhap.
Jumlah penduduk yang didiagnosis dengan MERS dalam negara kekal tidak berubah iaitu seramai 186 pesakit. Pihak kementerian turut memaklumkan jumlah kematian turut kekal pada 36.
Seramai 258 pesakit masih dalam pengasingan pada Khamis, namun jumlah itu dilihat berkurangan 64 dari hari sebelumnya.
Sejak kes pertama dilaporkan pada 20 Mei lalu, hampir 16,700 orang dikhuatiri terdedah kepada jangkitan dan diletakkan dalam pengasingan.
Sehingga kini 16,432 dari mereka telah dikeluarkan dari pengasingan apabila tidak menunjukkan simptom lebih daripada tempoh inkubasi maksimum iaitu 14 hari.
Sehingga kini 133 pesakit telah dibenarkan keluar dari hospital setelah melalui pemulihan lengkap. 17 lagi masih mendapat rawatan di hospital dengan 4 dari mereka dalam keadaan tidak stabil.
MERS-CoV adalah ‘beta coronavirus’ yang sehingga kini telah meragut lebih 530 nyawa di seluruh dunia, dengan kadar kematian lebih 36 peratus.
Masih tiada vaksin atau rawatan ditemui buat penyakit yang mula-mula dilaporkan pada tahun 2012 di Arab Saudi ini.
Astro Awani
Thu Jul 16 2015
![11 hari berturut tiada kes baru MERS di Korea Selatan 11 hari berturut tiada kes baru MERS di Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437019987_MERS.jpg)
Tiada pertambahan kes Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) buat hari yang ke 11 berturut-turut di Korea Selatan.
Astro terus komited jayakan agenda lestari
Astro sentiasa terbuka untuk memanfaatkan setiap platform televisyen dan radio dibawahnya kendaliannya bagi bersama-sama masyarakat global menyahut seruan menjayakan agenda lestari. Ini termasuk penyertaan jenama penyiaran ini dalam sidang 'Sustainability Brands' yang akan berlangsung pada 13 dan 14 Ogos 2024, kata Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Euan Daryl Smith.
Pelajar Malaysia lakar rekod di IMO 2024
Susulan kemenangan enam pelajar Malaysia yang merangkul pingat dalam pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa di Bath, United Kingdom, Astro AWANI menemu bual secara langsung Penolong Ketua Pasukan IMO 2024, Muhammad Zafree Zaharidan.
Kementerian Luar pastikan keselamatan pelajar Malaysia
Kementerian Luar memantau dengan teliti situasi mencabar di Bangladesh dengan insiden rusuhan yang meluas telah menimbulkan kebimbangan keselamatan dalam kalangan pelajar Malaysia dan keluarga mereka di Dhaka dan Mymensingh.
6 pelajar Malaysia cipta rekod pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa
Enam pelajar mencipta rekod apabila pertama kalinya kesemua peserta dari Malaysia itu memenangi pingat dalam Pertandingan Olimpiad Matematik Antarabangsa Dunia (WIMO) yang berlangsung di United Kingdom (UK).
Tumpuan Ahad – 21 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Julai 2024.
![Warga Singapura dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Bangladesh Warga Singapura dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721490254_Bangladesh.jpg)
Warga Singapura dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Bangladesh
Bangladesh menguatkuasakan perintah berkurung di seluruh negara pada Sabtu sebagai tindak balas terhadap peningkatan keganasan dan demonstrasi.
Pengusaha restoran Paris dakwa rugi akibat Sukan Olimpik
Pengusaha restoran di Paris merungut mengenai penurunan pengunjung berhubung penganjuran Sukan Olimpik 2024.
Boeing ramal hampir 44,000 pesawat diperlukan menjelang 2043
Pengeluar pesawat Amerika Syarikat, Boeing meramalkan bahawa industri penerbangan akan memerlukan hampir 44,000 pesawat dalam tempoh dua dekad akan datang, menurut ramalan jangka panjang terbarunya yang dikeluarkan pada Jumaat.
Penduduk takut... Tasik Rusanda kering kontang
Penduduk yang tinggal di Melenci iaitu daerah yang terletak di wilayah utara Vojvodina di Serbia mengakui terkejut dan takut dengan fenomena yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini. Tasik air masin yang terbentang luas dikenali sebagai tasik Rusanda di daerah itu tiba-tiba kering tanpa setitis air. Pakar yakin, ini angkara perubahan iklim.
![11 hari berturut tiada kes baru MERS di Korea Selatan 11 hari berturut tiada kes baru MERS di Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437019987_MERS.jpg)
11 hari berturut tiada kes baru MERS di Korea Selatan
Tiada pertambahan kes Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) buat hari yang ke 11 berturut-turut di Korea Selatan.