JAKARTA: Sebuah kumpulan pemisah menyerang orang awam di daerah Nduga, Wilayah Papua, menyebabkan 10 terbunuh dan dua lagi parah, kata jurucakap polis.
Kumpulan itu yang digelar kerajaan Indonesia sebagai kumpulan penjenayah bersenjata (KKB) melancarkan serangan di empat lokasi di daerah berkenaan, lapor Xinhua memetik jurucakap polis wilayah, Ahmad Mustafa Kamal.
Dalam satu serangan, seramai 20 anggota kumpulan bersenjatakan tiga senapang dan sepucuk pistol, menyerang hendap sebuah lori membawa orang awam, katanya.
"Ketika lori berhenti, ia ditembak (beberapa kali) dari jarak 50 meter," kata jurucakap itu ketika dihubungi Xinhua.
Menurutnya, mayat ditemukan di lokasi serang hendap itu serta tiga lokasi serangan lain, termasuk mangsa yang cedera.
"Keseluruhannya, 10 maut dan dua lagi cedera. Semua adalah orang awam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 16 2022
Sebuah kumpulan pemisah menyerang orang awam di daerah Nduga, Wilayah Papua, menyebabkan 10 terbunuh dan dua lagi parah. - Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Kumpulan penjenayah bersenjata bunuh juruterbang New Zealand di Papua Tengah
Seorang juruterbang New Zealand telah dijadikan tawanan dan dibunuh oleh kumpulan pemisah di Mimika, wilayah Papua Tengah pada Isnin.
Sekurang-kurangnya 19 maut kumpulan perusuh serbu balai polis di tenggara Iran
Kejadian berlaku selepas solat Jumaat di luar balai polis di Jalan Razi di barat Zahedan, beberapa blok dari Masjid Makki.
10 orang awam maut, 2 cedera diserang pemisah di Papua
Sebuah kumpulan pemisah menyerang orang awam di daerah Nduga, Wilayah Papua, menyebabkan 10 terbunuh dan dua lagi parah.
Peluru berpandu tembak MH17 milik Ukraine - Rusia
Tentera telah mengkaji dan mengubah status arkib di pusat penyelidikan yang menghasilkan peluru berpandu Buk selepas penyiasat Belanda memaparkan bahagian peluru berpandu dan nombor sirinya.
Aceh setuju batal guna bendera GAM
Kerajaan di Aceh setuju membatalkan rancangannya untuk menggunakan bendera kumpulan pemisah GAM.