GENEVA: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin (UNRWAa) mendedahkan secara purata, sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak di Gaza kehilangan satu atau kedua-dua kaki setiap hari akibat perang.
Menurut ketuanya, Philippe Lazzarini, jumlah itu tidak termasuk kanak-kanak yang kehilangan anggota badan lain iaitu lengan dan tangan.
Katanya, 10 kanak-kanak setiap hari bermakna kira-kira 2,000 kanak-kanak yang kehilangan anggota badan selepas lebih 260 hari perang kejam itu.
Tambahnya, pembedahan bagi memotong kaki sering berlaku dalam keadaan yang dahsyat dan tanpa bius.
Pada masa sama, Lazzarini berkata, UNRWA menyelaraskan hampir semua bantuan ke Gaza, namun agensi itu berdepan serangan tanpa henti dan krisis pembiayaan yang serius.
Beliau berkata, agensi itu masih memerlukan dana sekurang-kurangnya AS$140 juta (RM658 juta) untuk bertahan sehingga akhir tahun ini.
Jelasnya, dari aspek kewangan terkini, UNRWA hanya mampu bertahan sehingga akhir Ogos ini sahaja.
Semalam, Save The Children mendedahkan kira-kira 21,000 kanak-kanak dianggarkan hilang akibat perang.
Sementara itu, menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 37,658 orang terbunuh dalam serangan balas Israel dalam peperangan yang tercetus 7 Oktober lalu, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Astro Awani
Wed Jun 26 2024
Pembedahan bagi memotong kaki sering berlaku dalam keadaan yang dahsyat dan tanpa bius. - Foto REUTERS
Malaysia alu-alukan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan organisasi media tempatan, bangun aplikasi AI - Fahmi
Fahmi memberi Huawei sebagai contoh syarikat dari China yang memiliki aplikasi AI serba canggih dan boleh digunakan dalam pelbagai bidang.
GPM sedang atur bantuan kecemasan AS$10,000 untuk masyarakat di Lubnan
Bantuan berbentuk keperluan asas bagi tempat tinggal sementara selain makanan panas serta keperluan bayi dan kanak-kanak sedang diatur.
UNGA 79: Malaysia bersedia pengerusikan ASEAN 2025, komited perkukuh peranan blok serantau
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut menekankan komitmen Malaysia untuk mengemudi ASEAN ke arah kesediaan mendepani masa depan.
UNGA 79: Malaysia gesa PBB aktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid
Malaysia mengulangi gesaannya bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengaktifkan semula Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Apartheid.
UNGA 79: Kenyataan negara di pentas dunia
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menyampaikan Kenyataan Negara sekitar jam 2.15 petang waktu New York sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-79
Tiada kemungkinan perang besar, sokongan negara Arab hanya retorik
Malah, keupayaan perisikan Israel yang mampu menyusup masuk ke dalam organisasi sehebat Hizbollah dijangka memberi ketakutan kepada negara Arab lain untuk bertindak secara drastik.
Hezbollah sahkan Hassan Nasrallah terbunuh
Kumpulan Hezbollah Lubnan mengesahkan pada Sabtu bahawa pemimpinnya Hassan Nasrallah terbunuh, melalui pengumuman yang disiarkan di televisyen.
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri dinaik taraf - PM
Lapangan Terbang Antarabangsa Miri akan dinaik taraf bagi selari peningkatkan jumlah pengunjung selain menerima pesawat lebih besar.
Kebimbangan konflik Asia Barat bakal berlarutan
Jika benar tentera Israel berjaya membunuh Ketua Hizbullah, Hassan Nasrallah, ia bukan saja satu kehilangan besar tetapi juga memberi ancaman dan kebimbangan bahawa konflik di Asia Barat akan terus berlarutan.
PRK DUN Mahkota: 53.84 peratus keluar mengundi - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan bahawa peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini adalah 53.84.
KPM ambil alih pendidikan anak-anak GISB bermula 1 Oktober - Fadhlina
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengambil alih urusan pendidikan anak-anak yang diselamatkan dari premis dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) bermula 1 Oktober.
Op Global: Polis akan panggil Pengerusi Eksekutif GISBH
Razarudin bagaimanapun tidak memaklumkan bilakah Nasiruddin akan dipanggil dan menegaskan ia akan ditentukan sendiri polis kelak.
Tuanku Muhriz kesal, dukacita kes eksploitasi kanak-kanak di rumah kebajikan
Baginda bertitah perbuatan ini adalah contoh perbuatan yang tidak seharusnya timbul dan ditonjolkan oleh umat Islam.
Polis sahkan cubaan culik budak 9 tahun di Bukit Beruntung
Cubaan suspek gagal apabila kanak-kanak itu berjaya melarikan diri ke kedai berhampiran dan menjerit meminta tolong.
Op Global: 223 pegawai JKM bantu PDRM uruskan kanak-kanak - Nancy
223 pegawai JKM berkhidmat dalam membantu pihak polis menguruskan 402 kanak-kanak penghuni rumah perlindungan yang diserbu dalam Op Global.
KPM sedia beri peluang kepada 402 kanak-kanak mangsa eksploitasi peroleh pendidikan
Kementerian Pendidikan sedia memberi peluang pendidikan kepada 402 kanak-kanak yang didakwa menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.
JAKIM bawa isu GISB ke MKI
JAKIM akan membawa isu berkaitan GISB kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
Op Global: Mangsa diasingkan seawal usia dua tahun, ibu bapa di luar negara - KPN
Siasatan mendedahkan mangsa-mangsa yang ditempatkan di pusat amal dipercayai milik GISB merupakan generasi ketiga atau keempat.
Op Global: 'Usah ungkit cerita lama' - KPN nafi polis lambat bertindak
Menurut beliau, siasatan sudah dilakukan sejak 2011 dan polis mengumpul bukti yang kukuh untuk bertindak.
Sekolah Eropah ketatkan peraturan penggunaan telefon bimbit
Negara Eropah semakin meningkatkan kebimbangan mereka mengenai penggunaan telefon bimbit, media sosial dan bentuk komunikasi digital.