JAKARTA: Seorang maut manakala lebih 40 yang lain cedera selepas Gunung Berapi Semeru di Jawa Timur, Indonesia meletus pada Sabtu.
Timbaan Ketua Daerah Lumajang, Indah Masdar berkata, mereka yang cedera ketika ini adalah seramai 41 orang yang dilapor mengalami lecur teruk.
BACA: Gunung Semeru di Jawa Timur meletus, muntahkan lava
Ujar beliau, sekurang-kurangnya 10 orang terperangkap dalam bangunan dan memerlukan bantuan helikopter untuk mengeluarkan mereka.
Usaha menyelamat oleh penduduk tempatan terganggu oleh asap tebal, tiada bekalan elektrik dan hujan semasa letusan berlaku.
Semalam, Gunung Berapi Semeru setinggi 3.6 meter di daerah Lumajang meletus dan mengeluarkan asap dan debu panas.
Malah, ia mengakibatkan hujan dan banjir di sekitar Kampung Sumberwuluh menyebabkan penduduk bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Dalam pada itu, pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk setempat supaya tidak melakukan aktiviti di sepanjang sungai di daerah itu.
Ini kerana kepulan abu meliputi jarak 500 hingga 800 meter dari pusat letusan.
Kali terakhir Gunung Semeru memuntahkan lahar sejauh 1 kilometer adalah pada 27 Ogos lalu.
BACA: Tular video kereta 'diseret' lahar Gunung Semeru
BACA: https://www.astroawani.com/berita-dunia/gunung-berapi-tertinggi-di-pulau-jawa-meletus-278154https://www.astroawani.com/berita-dunia/gunung-berapi-tertinggi-di-pulau-jawa-meletus-278154
Astro Awani
Sat Dec 04 2021
Seorang maut manakala lebih 40 yang lain cedera selepas Gunung Berapi Semeru di Jawa Timur, Indonesia meletus pada Sabtu. -Gambar fail/AP
Gencatan senjata: Hamas sahkan rundingan fasa kedua perjanjian bermula
Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza dan pertukaran tahanan telah bermula, lapor Agensi Anadolu.
Bapa Elon Musk dakwa atur panggilan anaknya dengan pemimpin Afrika Selatan
Errol Musk yang menetap di Afrika Selatan jadi perantara anaknya dan Presiden Cyril Ramaphosa dalam diplomasi tertutup.
Empat keluarga cemas, ruang tamu, bilik utama dihempap tanah runtuh
Bomba terima panggilan kecemasan jam 11.57 malam dan mengatur gerak pasukan tiga anggota ke lokasi, dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.
PM Israel jumpa Elon Musk sebelum bertemu Presiden Donald Trump
Walaupun tidak memegang sebarang jawatan rasmi dalam kerajaan AS, namun, Musk sangat berpengaruh dalam pentadbiran Trump.
Washington tidak iktiraf ICC, waran tangkap buat Netanyahu tiada makna
Amerika Syarikat tidak mempunyai kewajipan untuk menahan Netanyahu, bahkan mengecam keras tindakan ICC.
Polis guna teknologi 3D siasat semula kes kematian Teoh Beng Hock
Teknologi terkini itu berupaya menghasilkan gambaran lebih jelas secara digital berkaitan lokasi kematian Teoh 15 tahun lepas.
Netanyahu tiba di White House untuk bertemu Trump
Kunjungan Netanyahu ke White House menjadikan beliau pemimpin asing pertama yang melawat AS dalam penggal kedua pentadbiran Trump.
Hamas sahkan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza bermula
Tumpuan rundingan kali ini adalah kepada perlindungan, bantuan serta usaha membangunkan semula kehidupan rakyat Palestin di Gaza.
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.
Tenggelam dalam lumpur panas Gunung Semeru, kucing putih ini dijumpai masih hidup
Video itu menjadi tular dengan ramai netizen melahirkan rasa kagum dan kasihan melihatkan keadaan kucing tersebut.
Letusan Gunung Semeru: Kerajaan, rakyat Malaysia rakam ucapan takziah
Setakat ini jumlah korban meningkat menjadi 34 orang, manakala 17 orang masih hilang.
Gunung Berapi Semeru aktif semula, angka korban meningkat kepada 22 orang
Angka kematian meningkat kepada 22 orang manakala 27 lagi dilaporkan hilang.
Letusan Gunung Semeru: Rumah ditenggelami abu sehingga paras atap
Setakat ini, 14 individu disahkan terkorban dalam kejadian itu sementara puluhan yang lain dilaporkan cedera.
1 maut, lebih 40 cedera dalam letusan Gunung Berapi Semeru
Usaha menyelamat oleh penduduk tempatan terganggu oleh asap tebal, tiada bekalan elektrik dan hujan semasa letusan berlaku.