BANGKOK: Polis Thailand merampas 1.4 tan sisik tenggiling bernilai lebih 50 juta baht (RM6.5 juta) di wilayah Kalasin.
Biro Siasatan Pusat (CIB) dalam satu kenyataan berkata dua suspek lelaki berusia 34 dan 50 tahun ditahan dalam operasi bersama pada 8.30 malam (waktu tempatan) Rabu.
"Sisik tenggiling kering yang dimuatkan dalam 42 guni baja itu ditemukan di atas sebuah trak. Sisik tenggiling kering itu dianggarkan berharga 40,000 baht (RM5,200) sekilogram," katanya.
CIB berkata siasatan awal mendapati sisik tenggiling yang akan dihantar ke China itu akan diangkut keluar melalui wilayah Mukdahan yang bersempadan dengan Laos.
Kedua-dua suspek akan didakwa memiliki secara haram bangkai haiwan yang dilindungi.
"Pemandu itu memberitahu polis bahawa dia dibayar 20,000 baht (RM2,600) untuk memandu trak, manakala pembantunya dibayar 7,000 baht (RM900)," katanya.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Perlindungan Hidupan Liar dan Tumbuhan Prasert Sonsatahpornkul berkata sisik itu dianggarkan diperoleh daripada sekurang-kurangnya 3,000 hingga 4,000 tenggiling.
Sisik tenggiling digunakan dalam perubatan herba tradisional Cina manakala daging haiwan itu dianggap sebagai makanan istimewa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 18 2023

Sisik tenggiling kering, dianggarkan berharga 40,000 baht sekilogram, yang dimuatkan dalam 42 guni baja, ditemukan di atas sebuah trak. - Foto CIB Thailand

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

1.4 tan sisik tenggiling dirampas di Thailand
Dua suspek lelaki berusia 34 dan 50 tahun ditahan dalam operasi bersama pada 8.30 malam (waktu tempatan) Rabu.

SPRM tumpas sindiket seludup sisik tenggiling bernilai RM23.4 juta, empat individu direman
Operasi dijalankan hasil maklumat diterima SPRM daripada agensi penguat kuasa dari Amerika Syarikat dan maklumat hasil risikan di United Kingdom dan Hong Kong.

Kastam KLIA rampas 712kg sisik tenggiling bernilai RM9.18 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA mematahkan penyeludupan 712 kg sisik tenggiling bernilai RM9.18 juta dalam dua kes berasingan.