Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, diberikan pengiktirafan dengan menerima Anugerah William "Bill" Seidman bagi Pencapaian Sepanjang Hayat Kepimpinan dalam Industri Perkhidmatan Kewangan 2018 sempena Sidang Kemuncak Masa Depan Kewangan 2018 anjuran The Asian Banker.
The Asian Banker, berpangkalan di Singapura yang menjalankan aktiviti terutamanya penerbitan, forum dan perkhidmatan penyelidikan, merupakan penyedia paling berwibawa di rantau ini bagi kepintaran perniagaaan strategik kepada komuniti perkhidmatan kewangan.
Dalam kenyataan pada Khamis, The Asian Banker berkata anugerah diberikan pada majlis yang berlangsung di Aman Summer Palace di Beijing, China itu adalah untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan sepanjang hayat Zeti dalam membentuk BNM menjadi pihak berkuasa pengawalseliaan yang bebas dan dihormati serta pembangunan industri perkhidmatan kewangan di Malaysia.
"Beliau merupakan antara pengawal selia bank yang paling dihormati dari Asia dan beliau ialah wanita pertama berkhidmat sebagai gabenor bank pusat di Malaysia selain individu kedua paling lama berkhidmat, iaitu selama 16 tahun sejak 2000 sehingga persaraannya pada 2016," menurut The Asian Banker. -- Bernama
Bernama
Fri Jun 01 2018
Anugerah itu adalah untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan sepanjang hayat Zeti dalam membentuk BNM menjadi pihak berkuasa pengawalseliaan yang bebas dan dihormati serta pembangunan industri perkhidmatan kewangan di Malaysia. - BERNAMA/Fail
Wanita melecur, lapan rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Seorang wanita melecur pada muka serta kaki dalam kejadian kebakaran melibatkan lapan rumah di Kampung Hidayat, Jalan Apas pagi tadi.
Wanita melecur, lapan rumah di Tawau musnah
Seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital selepas cedera melecur dalam kejadian kebakaran membabitkan lapan buah rumah di Kampung Hidayat Batu 4 Jalan Apas, Tawau Sabah pada awal pagi Rabu.
Penganggur tikam gadis 19 kali, simbah cuka getah terlepas hukuman gantung
Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Johor Bahru mengetepikan hukuman gantung yang dijatuhkan ke atas seorang penganggur atas kesalahan menikam seorang remaja perempuan sehingga menyebabkan kematian pada 2010
[TERKINI] Telefon pintar Nur Farah ditemui dalam parit
Telefon pintar dipercayai milik bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, ditemui di kawasan parit ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam.
Angka korban insiden tembakan di masjid Oman meningkat kepada enam orang
Angka kematian susulan insiden tembakan berhampiran masjid di kawasan Al-Wadi Al-Kabir, Oman meningkat kepada enam termasuk seorang anggota polis.
Presiden Perancis Macron terima peletakan jawatan PM Attal
Presiden Perancis Emmanuel Macron telah menerima peletakan jawatan Perdana Menteri Gabriel Attal.
Kedutaan Vietnam bantu keluarga mangsa kes bunuh di hotel Bangkok
Pesuruhjaya Polis Bangkok Thithi Saengsawang dalam satu sidang media lewat Selasa berkata bahawa kesemua mangsa dipercayai dibunuh.
Penubuhan dana kesihatan negara bagi berdepan ancaman kesihatan masa depan - Dzulkefly
Penubuhan dana kesihatan negara yang sedang dipertimbang adalah sebagai kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang ancaman kesihatan masa hadapan.
Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini ditemukan dalam parit
Sebuah telefon bimbit dipercaya milik mangsa, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, ditemukan dalam parit, berhampiran lokasi mayat mangsa ditemukan.
Petronas buat bayaran tunai lima peratus jika petroleum didapati dan diperoleh di Terengganu
Petronas hanya membuat pembayaran tunai lima peratus kepada kerajaan negeri Terengganu sekiranya petroleum didapati dan diperoleh di negeri itu.
Zeti terima anugerah William "Bill" Seidman atas pencapaian sepanjang hayat
Anugerah itu mengiktiraf pencapaian dan sumbangan sepanjang hayat Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dalam membentuk BNM menjadi pihak berkuasa pengawalseliaan yang bebas dan dihormati.