KUMPULAN Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] mengumumkan pelantikan Zarina Halim sebagai Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan KWAP yang baharu, berkuat kuasa pada 2 Januari 2024.
Beliau yang telah berkhidmat di Kumpulan Hektar selama lebih 20 tahun membawa pengalaman dan pengetahuan yang luas dalam bidang kemampanan di mana beliau telah menerajui agenda kemampanan untuk Hektar REIT yang membolehkan syarikat tersebut diiktiraf sebagai syarikat bertaraf empat bintang dalam Indeks FTSE4GD Bursa Malaysia dan telah memenangi pelbagai anugerah dalam bidang Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Dengan berbekalkan pengalaman dalam bidang kemampanan ini, Zarina bersedia untuk memperkukuhkan lagi strategi persaraan mampan KWAP dalam peranannya sebagai Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan.
Beliau berharap dapat menanda aras dana pencen tertinggi di peringkat global dan mencontohi langkah-langkah yang boleh meningkatkan lagi kecukupan, kemampanan dan integriti sistem pencen dan operasi KWAP.
Di samping itu, latar belakang beliau yang kukuh dalam industri berkaitan perkhidmatan pelanggan di mana kepuasan pelanggan adalah tumpuan utama dan penting untuk kejayaan, Zarina akan dapat memanfaatkan pengalaman luasnya dalam bidang tersebut untuk menyelia pelbagai aktiviti yang bertujuan meningkatkan penglibatan dengan pesara dan bakal pesara.
Ini sejajar dengan aspirasi KWAP untuk meluaskan jangkauannya dan memperkayakan pelbagai inisiatif penglibatan untuk pihak berkepentingan utamanya iaitu para pesara dan penerima pencen derivatif.
Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Datuk Nik Amlizan Mohamed berkata: “Selaras dengan slogan kami 'Teman Persaraan Anda], kami berharap dengan pelantikan Zarina di KWAP sebagai Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan akan meningkatkan lagi usaha kami untuk memperkasakan pesara dan bakal pesara ke arah persaraan yang ideal dan mampan.
"Pelantikan Zarina memainkan peranan penting dalam menyokong langkah strategik asas pertumbuhan mampan KWAP, menambah baik pendigitalan, dan meningkatkan proses selaras dengan inisiatif Teras 5 KWAP," katanya.
Zarina kini bertanggungjawab untuk membangunkan dan melaksanakan dasar, strategi dan inisiatif bagi Bahagian Perkhidmatan Persaraan KWAP agar dapat mengekalkan kecemerlangan prestasi perkhidmatannya.
Selain itu, beliau juga akan memantau perkhidmatan persaraan dan perkhidmatan pelanggan KWAP untuk berada di tahap yang terbaik.
Sehingga 31 Disember 2023, terdapat lebih 790,000 penerima pencen di Malaysia - 570,000 daripadanya adalah pesara.
Untuk menyediakan pesara dan bakal pesaradalam menghadapi posisi negara yang semakin menua, KWAP akan terus aktif menjalankan program jangkauan seperti Jelajah MyPesara yang dianjurkan sepanjang tahun di seluruh negara, bagi menyediakan khidmat nasihat kepada pesara dan bakal pesara mengenai pelbagai aspek persaraan, termasuk celik kewangan, keusahawanan, dan penjagaan kesihatan.
Di samping itu, Karnival MyPesara - platform sehenti yang merangkumi aspek Kesihatan, Persekitaran, Kewangan dan Sosial direncana akan diadakan setiap tahun untuk penggalakan gaya hidup sihat dan aktif di alam persaraan.
Sebelum menyertai KWAP, Zarina telah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Korporat di Hektar Asset Management, syarikat pengurusan Hektar REIT. Beliau merupakan sebahagian daripada kumpulan pengasas syarikat tersebut sejak pada tahun 2002 dan juga kumpulan pengurusan yang bertanggungjawab dalam penyenaraian Hektar REIT di Bursa Malaysia pada Disember 2006.
Beliau memulakan kerjayanya dengan Kumpulan UEM dan telah berkhidmat untuk kumpulan itu selama hampir sedekad di Prolink Development, pemaju induk untuk Iskandar Puteri, Johor, dan kemudiannya di cabang modal teroka, OptixLab.
Zarina memegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan (Kepujian) dari University of Manchester, United Kingdom dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) dari University of London.
Beliau juga merupakan Global Reporting Initiative Certified Sustainability Professional dan Certified Sustainability Reporting Specialist dari Institute of Certified Sustainability Practitioners
Kenyataan Media
Fri Jan 05 2024
![Zarina Halim dilantik Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan KWAP Zarina Halim dilantik Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan KWAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704440770_TBKWAPjpg.jpg)
Zarina bertanggungjawab untuk membangunkan dan melaksanakan dasar, strategi dan inisiatif bagi Bahagian Perkhidmatan Persaraan KWAP agar dapat mengekalkan kecemerlangan prestasi perkhidmatannya.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
Kiswah Kaabah ditukar, petanda permulaan Tahun Baharu Hijri
Meneruskan tradisi turun-temurun, penutup baharu untuk Kaabah, dikenali sebagai Kiswah dipasang pada Ahad, menandakan Tahun Baru Hijrah di Mekah, Arab Saudi.
Selepas Sarawak, Pulau Pinang minat anjur bersama - Hannah
Pulau Pinang menjadi negeri terbaharu selepas Sarawak untuk menjadi hos bersama penganjuran temasya Sukan SEA 2027.
Sentimen Islam, perkauman punca kekalahan di Sg Bakap
Isu sentimen agama Islam terancam dan perkauman yang dimanipulasi parti pembangkang dilihat sebagai antara punca utama kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap pada Sabtu.
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
Heret pelaku ke muka pengadilan
Membahaskan LKAN di Parlimen tanpa mengambil sebarang timdakan susulan daripada hasil penemuan itu tidak akan memperbaiki tatakelola agensi kerajaan.
Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia
Mengesahkan perkara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata nota diplomatik itu juga turut menjelaskan kedaulatan negara yang merangkumi Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan.
AWANI Ringkas: Nota diplomatik diserah kepada PBB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol 6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720276393_TBpamplona.jpg)
6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol
Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad.
![Zarina Halim dilantik Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan KWAP Zarina Halim dilantik Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan KWAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704440770_TBKWAPjpg.jpg)
Zarina Halim dilantik Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan KWAP
KWAP mengumumkan pelantikan Zarina Halim sebagai Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan KWAP yang baharu, berkuat kuasa pada 2 Januari 2024.