Sebuah pusat kajian khas antara Malaysia dan China perlu ditubuhkan bagi mengkaji semua aspek kepentingan kedua-dua negara berkenaan, demikian rumusan satu persidangan antarabangsa.
Pengarah Penyelidikan dan Penerbitan Institut Antarabangsa Peradaban Islam dan Dunia Melayu (ISTAC), Prof Datuk Dr Awang Sariyan, berkata pusat kajian itu turut disyorkan bertanggungjawab sebagai badan penasihat bagi kedua-dua negara.
"Antara lain, kita turut merumuskan untuk merangka asas kerjasama yang jelas dan tegas berkaitan soal kedaulatan, pembangunan, keselamatan dan ekonomi," katanya ketika membentangkan rumusan Persidangan Antarabangsa Hubungan Tamadun Melayu-Tamadun China bertema "Melestarikan Kerjasama Bersepadu Untuk Masa Hadapan" di ISTAC, di sini, pada Isnin.
Cadangan bagi mewujudkan pusat kajian itu diusulkan Presiden Universiti Islam Malaysia (UIAM), Tan Sri Dr Rais Yatim semasa merasmikan persidangan itu, yang menyarankan supaya satu majlis penyelidikan China-Malaysia diwujudkan bagi mengkaji sejarah, budaya, ekonomi, keselamatan dan diplomasi kedua-dua negara.
Persidangan itu turut merumuskan beberapa cadangan dalam bidang pendidikan seperti menyediakan biasiswa dan program pertukaran pelajar serta petugas akademik di antara kedua-dua negara.
Usul lain turut dicadangkan adalah kerajaan baharu yang diterajui Pakatan Harapan, menyediakan lebih banyak geran khas dalam bidang penerbitan dan penterjemahan bahan bacaan daripada bahasa Melayu ke Mandarin, dan Mandarin ke bahasa Melayu. -- Bernama
Bernama
Mon May 14 2018
![Wujudkan pusat kajian Malaysia-China - Awang Sariyan Wujudkan pusat kajian Malaysia-China - Awang Sariyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41526312094_AwangSariyan.jpg)
Awang Sariyan berkata, pusat kajian itu disyorkan bertanggungjawab sebagai badan penasihat bagi kedua-dua negara. - Facebook/@AwangSariyan
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Firdaus Abdullah aktif dalam memperjuangkan bahasa - Awang Sariyan Firdaus Abdullah aktif dalam memperjuangkan bahasa - Awang Sariyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712822545_Belasungkawa.jpg)
Firdaus Abdullah aktif dalam memperjuangkan bahasa - Awang Sariyan
Aktif dalam gerakan persatuan mengangkat dan memperjuangkan bahasa, merupakan bukti kesungguhan Allahyarham Datuk Firdaus Abdullah yang begitu mencintai nilai dan keindahan kesusasteraan dan budaya.
![Kerajaan dicadang ganti akta DBP 1959 dengan akta baharu Kerajaan dicadang ganti akta DBP 1959 dengan akta baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698230402_TBAwngSariyan.jpg)
Kerajaan dicadang ganti akta DBP 1959 dengan akta baharu
Seorang Ahli Dewan Negara mencadangkan agar kerajaan menggantikan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 (Akta DBP 1959) dengan akta baharu dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaa
![Guna bahasa Melayu dalam surat kerajaan bertepatan Perlembagaan Persekutuan - Awang Sariyan Guna bahasa Melayu dalam surat kerajaan bertepatan Perlembagaan Persekutuan - Awang Sariyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698230402_TBAwngSariyan.jpg)
Guna bahasa Melayu dalam surat kerajaan bertepatan Perlembagaan Persekutuan - Awang Sariyan
Awang berpendapat pelaksanaan peruntukan Perkara 152(6) Perlembagaan Persekutuan bagaimanapun masih belum memuaskan.
![Awang Sariyan terima Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman UPSI 2023 Awang Sariyan terima Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman UPSI 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684365470_AwangSariyan.jpg)
Awang Sariyan terima Anugerah Tokoh Guru Suluh Budiman UPSI 2023
Anak kelahiran Kampung Teluk Kerang, Pontian, itu pernah menyandang Kursi Za'ba di UPSI dan Kursi Pengajian Melayu di Beijing, China.
![Awang Sariyan dilantik Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China BFSU Awang Sariyan dilantik Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China BFSU](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/61655824887_TBPEMUISI.jpg)
Awang Sariyan dilantik Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Melayu China BFSU
Pelantikan ini menjadi landasan persefahaman rakyat dua buah negara melalui pendidikan dan kebudayaan.
![Tingkat martabat bahasa Melayu - Awang Sariyan Tingkat martabat bahasa Melayu - Awang Sariyan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673280139_AwangSariyans.jpg)
Tingkat martabat bahasa Melayu - Awang Sariyan
Cadangan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk mengangkat teks Perlembagaan Persekutuan dalam bahasa Melayu sebagai teks sahih merupakan perkembangan yang amat baik.
![Sokongan Indonesia tingkat peluang bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN, antarabangsa Sokongan Indonesia tingkat peluang bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN, antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645255138_AseanFlag.jpg)
Sokongan Indonesia tingkat peluang bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN, antarabangsa
Bahasa Melayu turut digunakan di Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Filipina, Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar dan Timor Leste.
![Ucapan Tuan Ibrahim buka lembaran baharu bahasa Melayu Ucapan Tuan Ibrahim buka lembaran baharu bahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636677339_KementerianAlamSek.jpg)
Ucapan Tuan Ibrahim buka lembaran baharu bahasa Melayu
Awang Sariyan berkata, amalan tersebut sewajarnya turut dilaksanakan oleh pemimpin negara yang lain.
![Sasterawan Atondra meninggal dunia Sasterawan Atondra meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51617135287_Atondrameninggal.jpg)
Sasterawan Atondra meninggal dunia
Antondra merupakan antara individu yang terlibat dalam pembentukan Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor (Kemudi) pada 14 Disember 1971 bersama Datuk Abdul Samad Maharudin.
![Keputusan tidak laksana semula PPSMI langkah tepat - Persatuan Linguistik Malaysia Keputusan tidak laksana semula PPSMI langkah tepat - Persatuan Linguistik Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/71590569135_AwangSariyans.jpg)
Keputusan tidak laksana semula PPSMI langkah tepat - Persatuan Linguistik Malaysia
Penasihat PLM, Prof Datuk Dr Awang Sariyan berkata setakat ini 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepakat menyatakan sokongan terhadap keputusan itu.