Malaysia dan Jepun akan menjalin kerjasama lebih rapat dalam pembangunan produk halal, dengan menjadikan Wilayah Chiba di sini sebagai pintu masuk kepada produk halal untuk pasaran Jepun.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakan sejawatannya, Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun, Koya Nishikawa telah menyatakan komitmennya dalam merealisasikan kerjasama itu ketika pertemuan dua hala di Tokyo hari ini.
"Jepun yang sudah bersedia menerima atlet untuk temasya Olimpik Tokyo 2020, masih belum membuat keputusan mengenai negara pembekal produk halal.
"Kita mungkin negara pertama yang menawarkan produk halal, dan Chiba melalui Naib Gabenornya Takahashi Wataru, menerima cadangan menjadikan wilayahnya sebagai pintu masuk," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dua hala berkenaan serta melawat ladang lembu wilayah Chiba, di sini.
Oleh itu, beliau berkata Kementerian Pertanian akan menganjurkan ekspo dan seminar produk halal di wilayah Chiba awal tahun depan.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun bersetuju membawa masuk produk ayam beku Malaysia ke negara ini.
Beliau bagaimanapun berkata kerajaan Jepun memerlukan kepastian dan jaminan daripada Kerajaan Malaysia berhubung status wabak selesema burung di Malaysia.
"Ini bukan suatu isu yang besar kerana mereka (kerajaan Jepun) menganggap kita masih mengalami wabak selesema burung, dan kita akan menulis surat secara rasmi untuk memaklumkan kepada mereka bahawa Malaysia bebas daripada penyakit itu," katanya.
Beliau berkata produk ayam beku merupakan antara 112 produk yang masih belum menerima kelulusan pihak berkuasa Jepun untuk dipasarkan di negara Matahari Terbit ini.
Pada pertemuan dua hala itu juga, beliau berkata, kementerian berkenaan meminta Kerajaan Jepun mengkaji dengan serius permohonan Malaysia untuk mendapatkan kelulusan bagi produk-produk terbabit termasuk mangga, betik dan tembikai.
"Mereka minta kita menyenaraikan produk mengikut keutamaan, dan kita akan tengok produk yang mendapat permintaan tinggi dari Jepun, dan kita akan menghantar senarai tersebut secepat mungkin," katanya.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kerajaan Jepun telah meluluskan kemasukan produk Mempelam Harumanis untuk dipasarkan di negara ini.
Beliau berkata Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun turut memohon kerajaan Malaysia meluluskan sekatan ke atas eksport daging lembu Jepun bagi membolehkan produk itu dipasarkan di Malaysia.
"Mereka memaklumkan ada larangan (eksport) daging lembu dari Jepun ke negara kita, saya akan teliti isu ini, saya tidak nampak ia berhubung masalah kebersihan, tetapi semua daging lembu mesti berstatus halal," katanya.
Bernama
Tue Oct 21 2014

EKSPORT: Seorang pelanggan tertarik melihat produk mee segera keluaran Malaysia yang dipamerkan di Aeon Shinagawa di Tokyo, Jepun sempena 'Program Best of Malaysia' di Jepun yang bermula dari 17 hingga 20 Okt depan. - fotoBERNAMA

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Padah seludup daging ayam beku
Lelaki berusia 30-an itu ditahan selepas pihaknya berjaya menahan sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada jam 9.15 malam.

Maqis serah lapan tan ayam beku kepada Zoo Negara
Keseluruhan ayam beku itu adalah hasil rampasan oleh pelbagai agensi penguat kuasa di sempadan Semenanjung Malaysia.

Wilayah Chiba tawar laluan produk halal Malaysia ke Jepun
Malaysia mungkin negara pertama yang menawarkan produk halal ke Jepun dan ada cadangan untuk jadikan wilayah Chiba sebagai pintu masuk.