London akan terus meluaskan peranannya sebagai sebuah hab kewangan islam dengan mempromosikan kedudukannya sebagai pengeksport utama dan penyedia perkhidmatan kewangan global.

Ia bagi mengambil peluang daripada potensi sektor kewangan islam yang diunjurkan akan mencecah nilai 1 perpuluhan 6 trilion pounds menjelang 2015.

Menurut pengerusi WIEF (World Islamic Economic Forum), Tun Musa Hitam, potensi London itu menjadikannya lokasi kepada penganjuran forum ekonomi Islam ke 9th pada 29 ke 31 oktober ini dengan tema mengubah dunia, jalinan hubungan baru.

Antara topik perbicnagan yang akan menjadi fokus utama pada kali ini adalah penglibatawan wanita di dalam sektor korporat.

Seramai 1500 peserta daripada 100 negara terdiri daripada pemimpin negara,pakar industri, para akademik dan pemain pasaran akan turut serta di dalam forum tersebut.

Klik untuk mengikuti laporan penuh Astro AWANI.