Weststar Aviation Services Sdn Bhd hari ini menandatangani kontrak dengan syarikat berpangkalan di Itali, AgustaWestland bagi membeli 10 lagi buah helikopter AW139.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin, mereke milih AW139 kerana model itu mempunyai ciri-ciri penerbangan berprestasi tinggi dan keselamatan serta susun atur kokpit, falsafah reka bentuk dan konsep penyenggaraan yang sama seperti model AW169 dan AW189, yang lebih besar daripada AW139.
"Helikopter AW139 sudah membentuk majoriti armada Weststar Aviation Services dan kami mempunyai rekod cemerlang menggunakan helikopter itu.
"Weststar Aviation Services kini bergerak ke hadapan dalam usaha pengembangan antarabangsa, dan kami gembira serta yakin untuk terus mengukuhkan AgustaWestland sebagai rakan helikopter pilihan kami," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Kata Ismail, pada masa ini syarikat itu mempunyai kontrak bernilai lapan bilion ringgit, dan helikopter AW139 merupakan sebahagian besar daripada keseluruhan angkatan helikopter Weststar Aviation Services.
Sementara itu, WestStar Aviation turut menyasarkan untuk mendapatkan pelbagai kontrak bernilai sekurang-kurangnya RM10 bilion dengan memperluaskan perkhidmatan pengangkutan helikopter luar pantainya bagi syarikat minyak dan gas menjelang akhir tahun ini.
Menurut Bernama, syarikat tersebut akan menyediakan dua helikopter bagi sebuah syarikat minyak dan gas di Maghribi bulan depan sebagai rancangan berikutnya dalam program peluasan syarikat itu.
Beliau berkata, mereka juga telah menandatangani kontrak di Thailand bulan lepas untuk membekalkan enam helikopter termasuk dalam proses membida bagi kontrak-kontrak di Mozambique.
Pelanggan minyak dan gas Weststar termasuklah Petronas Carigali, ExxonMobil, Carigali Hess, Talisman, Shell dan Mubadala Petroleum.
Pada masa ini Weststar Aviation Services memiliki angkatan helikopter Sikorsky dan AgustaWestland yang digunakan khusus untuk menyediakan perkhidmatan sokongan luar pantai bagi syarikat-syarikat minyak dan gas multinasional.
Haider Yutim
Tue Feb 11 2014
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews