Bagaimanapun, unjuran yang dibuat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, S&P Global, Douglas L. Peterson itu berbeza bagi rantau Asia.
"Apabila diteliti dari segi pertumbuhan, ia juga dijangka menguncup, tetapi tumbuh kukuh di Asia.
"Ini kerana China dilihat mampu untuk mengukuhkan semula ekonomi mereka selepas dua tahun sekatan penuh (lockdown) berlaku.
"Mereka kini mula berbelanja semula simpanan mereka, permintaan juga semakin meningkat sekali gus ekonomi China dijangka mengukuh pada tahun ini," katanya pada sesi dialog, 'Staying Ahead of a Recession' bersempena Forum Ekonomi Dunia 2023 (WEF2023) di sini.
BACA SEMUA BERHUBUNG FORUM EKONOMI DUNIA 2023 (WEF2023) DI SINI
Mengulas lanjut, beliau berkata antara perkara penting yang perlu untuk diteliti ketika ini adalah kadar faedah yang dinaikkan oleh bank-bank pusat.
Peningkatan kadar faedah oleh bank pusat terutama oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (The Fed) juga telah memberi kesan besar kepada negara-negara lain.
Pada masa sama, isu penting lain seperti alam sekitar dan peralihan tenaga mampu mengubah pasaran, lantaran ia menjadi faktor pengubah masa depan.