Antara usaha melaksanakan perubahan dalam kalangan masyarakat India khususnya wanita, parti politik terbesar mewakili kaum itu, MIC menganjurkan satu program pembangunan usahawan di Kuala Langat, di sini.
Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata program ini diharap dapat membantu meningkatkan pendapatan keluarga bagi mereka yang berpendapatan rendah.
Jelasnya, program ini merupakan sebahagian daripada Indeks Prestasi Kumulatif, (KPI) Sayap Wanita parti itu.
“Ini salah satu KPI bahagian wanita MIC, untuk membawa transformasi keluarga melalui ketua keluarga, iaitu ibu.
“Usaha ini juga bagi membolehkan mereka untuk meningkatkan pendapatan keluarga memandangkan kebanyakan mereka adalah suri rumah dan mereka tidak boleh melibatkan diri dalam kerja-kerja sepenuh masa, kerana tanggungjawab mereka sebagai ibu dan isteri,”jelasnya.
Beliau ditemui selepas merasmikan program "We Stich" anjuran Persatuan Maju Kehadapan Malaysia dengan kerjasama MIC, dan Skop Cadangan & Inisiatif Badan Bukan Kerajaan Jabatan Perdana Menteri, (SEDIC) di Taman Sri Putra Banting, pada Ahad.
Jelasnya lagi, selepas empat bulan program itu dilancarkan, kira-kira 50 wanita yang menyertai program itu di kawasan perumahan Taman Sri Putra dan berjaya menguasai kemahiran menjahit dengan baik.
Beliau juga berharap program ini mendapat sokongan daripada rakyat memandangkan kejayaan program ini juga bergantung kepada pasaran dan permintaan sedia ada.
Sementara itu, penganjur program, S. Paraksakthi, memberitahu tenaga pengajar program ini terdiri daripapa golongan pemacu industri berpengalaman.
"Kami menawarkan kepada peserta untuk mempelajari skil menjahit ini sehingga mereka boleh pasarkan hasil jahitan baju korporat mereka di samping menjana pendapatan yang stabil.
Bagi peserta pula, selain mempelajari kemahiran menjahit, ia turut mengasah kemahiran berkomunikasi dan seterusnya membina keyakinan untuk memasarkan produk.
"Selain daripada menjahit, kami mula berani untuk berbual dengan masyarakat. Kalau tidak, seperti dahulu kami hanya duduk di rumah,” kata S. Sithradebi, yang bekerja di Majlis Perbandaran Sepang.
Sementara itu, bagi R. Janagy beliau juga sependapat dengan Sithradebi bahawa kursus ini menjadikannya lebih berkeyakinan untuk memasarkan produknya.
“Tenaga pengajar kami memberi semangat untuk kami berani memasarkan produk kami. Sekarang saya lebih berani untuk membuat tempahan berbanding dahulu.
“Guru kami juga memberi semangat untuk kami menguasai kepakaran menjahit dengan lebih baik,” tambahnya lagi.
Mariah Ahmad
Mon Jul 18 2016

Kira-kira 50 wanita yang menyertai program itu di kawasan perumahan Taman Sri Putra dan berjaya menguasai kemahiran menjahit dengan baik. - Foto Astro AWANI/MARIAH AHMAD
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Lelaki cuba rakam video wanita di Banting ditahan
Polis berkata lelaki itu ditahan di sekitar Banting dan direman dua hari hingga esok.

Tiga sekeluarga berdepan detik cemas terperangkap dalam kebakaran di Banting
Mangsa yang terperangkap di bahagian belakang rumah berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.

Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.

Kanak-kanak 7 tahun lemas di taman tema
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun lemas semasa mandi di sebuah taman tema dekat Banting pada Sabtu.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Lima diberkas kes gaduh di padang bola
Kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 pagi di sekitar Banting.

Mabuk punca gaduh 3 lelaki di Banting
Pergaduhan itu menyebabkan seorang lelaki rebah dan cedera di kepala akibat dipukul menggunakan topi keledar.

Budak lelaki 7 tahun maut tertusuk kaca di dada
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas tertusuk serpihan kaca di bahagian dada ketika bermain di rumahnya di Kampung Bukit Changgang, Banting semalam.

Jengkaut tertimbus tanah runtuh, pemandu selamat
Kejadian tanah runtuh itu yang sempat dirakam itu kemudian menjadi tular di media sosial.