KUALA LUMPUR: UOB Malaysia dan The FinLab mengumumkan edisi Program Jom Transform (JTP) yang keempat bertujuan memperkasakan golongan wanita dalam mentransformasikan perniagaan mereka dengan menggiatkan usaha digitalisasi.
Program Jom Transform dibangun khas bagi menyediakan khidmat nasihat serta bantuan berkaitan usaha digitalisasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Program tahun ini yang bertemakan ‘JTP: Edisi Usahawan Wanita’ (JTP: Womenpreneur Edition) bermatlamat mendukung usahawan wanita menerusi pelbagai penyelesaian digital yang mampu memacu produktiviti, menjimatkan kos serta meningkatkan pendapatan.
JTP ini akan dijalankan secara maya di The FinLab Online.
Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Ng Wei Wei berkata, usahawan wanita hanya mencakupi 20 peratus daripada PKS Malaysia dan pihaknya melihat potensi dalam menyokong perniagaan berterajukan wanita yang mana ia boleh berkembang maju, khususnya dalam kegiatan e-dagang.
"Kerana ini pihak bank telah mewujudkan ekosistem melalui Program Jom Transform untuk menghubungkan jalinan antara angkatan usahawan wanita dan membuka pintu mereka kepada peluang-peluang tersedia.
"Memandangkan keperluan perniagaan berkembang sejajar dengan realiti pasaran baharu, kami juga ingin menyediakan mereka dengan kaedah yang sesuai bagi meningkatkan kadar persaingan mereka di masa hadapan dalam dunia digital ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Kohort JTP: Edisi Usahawan Wanita yang pertama akan menjalani kurikulum transformasi perniagaan selama tiga minggu melalui The FinLab Online bermula 28 Jun ini.
Selain dibekalkan dengan ilmu, kaedah dan kemahiran yang relevan untuk mendigitalkan perniagaan mereka, para peserta juga akan dibimbing oleh kumpulan pakar dan mentor dalam bidang transformasi digital daripada UOB serta rakan-rakan kongsi ekosistem serantaunya.
Peserta juga akan berpeluang mengakses bengkel dalam talian, tutorial video dan webinar di dalam bidang pemasaran digital, operasi perniagaan dan e-dagang.
Untuk menggiatkan lagi usaha digitalisasi mereka, para peserta juga dapat menikmati langganan percuma bagi solusi pilihan JomX, termasuk sistem perakaunan awan, kecerdasan buatan dan analitik data-yang disediakan oleh rakan-rakan kongsi ekosistem JTP selama 13 bulan.
Menjelang pelancaran edisi JTP 2022, UOB Malaysia telah menganjurkan sebuah panel perbincangan pada 14 Jun lalu bertajuk ‘Usahawan Wanita Melangkah Ke Hadapan’.
Panel perbincangan tersebut telah menampilkan empat pemimpin wanita daripada industri pendidikan, fesyen, kesejahteraan dan kesihatan untuk berkongsi pengalaman mereka dalam dunia profesional dan keusahawanan.
Dagang News
Tue Jun 21 2022
Kohort JTP: Edisi Usahawan Wanita yang pertama akan menjalani kurikulum transformasi perniagaan selama tiga minggu melalui The FinLab Online bermula 28 Jun ini. - Foto UOB Bank
AWANI 7:45 [7/11/2024] – Siasatan kerugian FashionValet | Sanusi mohon maaf secara terbuka | Tidak dibenarkan ganggu mangsa | SOP baharu soket elektrik bas ekspres
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Siasatan FashionValet diteruskan, apa nasib Vivy dan suami?
- Tinjauan dapati rakyat optimis hala tuju negara, rasuah kekal kebimbangan
- Sejak 2020, lebih 3,000 penjawat awam muflis, apa jadi punca?
- China ucap tahniah kemenangan Trump, ajak kerjasama demi sejagat
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Siasatan FashionValet diteruskan, apa nasib Vivy dan suami?
- Tinjauan dapati rakyat optimis hala tuju negara, rasuah kekal kebimbangan
- Sejak 2020, lebih 3,000 penjawat awam muflis, apa jadi punca?
- China ucap tahniah kemenangan Trump, ajak kerjasama demi sejagat
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Rusia beri isyarat sedia nilai semula hubungan dengan AS di bawah kepimpinan baharu
Sergey Lavrov menegaskan keterbukaan Rusia untuk berdialog, khususnya dalam konteks interaksi dengan pentadbiran AS yang akan datang.
AWANI Ringkas: Harap ada sesuatu yang baik daripada kemenangan Trump - PM Anwar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Consider This: Social Work Profession Bill (Part 1) — The Cost of Delay
The long-awaited Social Work Profession Bill, aimed at finally professionalising this sector through mandatory licensing and standards, was set to be tabled this year in Dewan Rakyat but tabling has been delayed. What does it mean for a country when its social support workforce is left unprotected and unregulated? And who bears the real cost of these delays? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dr Teoh Ai Hua, President of Malaysian Association of Social Workers, which has championed professional social work for five decades now and actively provides training for social workers in government and civil society sectors.
Consider This: Social Work Profession Bill (Part 2) — The Cost of Delay
The long-awaited Social Work Profession Bill, aimed at finally professionalising this sector through mandatory licensing and standards, was set to be tabled this year in Dewan Rakyat but tabling has been delayed. What does it mean for a country when its social support workforce is left unprotected and unregulated? And who bears the real cost of these delays? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Dato’ Dr Amar-Singh HSS, consultant paediatrician and a child and disability activist.
KDN nafi dakwaan 1.2 juta rakyat China tidak keluar dari Malaysia
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan kononnya 1.2 juta pelancong rakyat China masuk ke Malaysia dan tidak keluar semula.
#AWANIRingkas 7 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 7 November 2024
1️⃣ Harap ada sesuatu yang baik daripada kemenangan Trump - PM Anwar
2️⃣ Sukan Olimpik Paris 2024
3️⃣ Lelaki tikam mati dua beranak
#awaniringkas
1️⃣ Harap ada sesuatu yang baik daripada kemenangan Trump - PM Anwar
2️⃣ Sukan Olimpik Paris 2024
3️⃣ Lelaki tikam mati dua beranak
#awaniringkas
AWANI Tonight: U Mobile chosen for 5G through open tender, no direct award
Communications Minister Fahmi Fadzil says U mobile was selected as the country's second 5G network provider through an open tender process and not via direct award.
AWANI Tonight: Australia to ban social media use for under 16
Australia plans to introduce a legislation to ban children under 16 from social media, a policy the government says is world-leading, with the laws to be introduced in parliament this year.
AWANI Tonight: Climate change: 2024 set to be world's warmest on record
According to the European Climate Service, 2024 is projected to be the warmest year on record, with global average temperatures expected to exceed 1.5°C above pre-industrial levels.
UOB Malaysia, The FinLab giat usaha transformasi digital perniagaan usahawan wanita
JTP: Edisi Usahawan Wanita bermatlamat mendukung usahawan wanita menerusi pelbagai penyelesaian digital.