Keuntungan sebelum cukai Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2016 susut sebanyak 43.11 peratus kepada RM248.19 juta berbanding RM436.25 juta bagi tempoh sama 2015.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata antara puncanya adalah pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) lebih rendah dan kerugian akibat kenaikan kos gula mentah yang dialami oleh entiti dimiliki secara bersama.
Hasilnya bagaimanapun, meningkat 11 peratus kepada RM17.28 bilion berbanding RM15.55 bilion pada 2015.
Menurut FGV, penyusutan keuntungan sebelum cukai itu juga disebabkan oleh kerugian yang dialami segmen hiliran dan huluan sawit.
Ia turut dijejaskan oleh penurunan bayaran nilai saksama dalam perjanjian pajakan tanah sebanyak RM68.28 juta berbanding RM224.86 juta pada 2015, katanya.
Bagi suku keempat berakhir 31 Dis, 2016 keuntungan sebelum cukai FGV meningkat kepada RM202.96 juta berbanding RM189.77 juta bagi tempoh sama pada 2015.
Hasil pula meningkat kepada RM5.19 bilion berbanding RM4.14 bilion sebelum ini.
Mengulas keputusan prestasi 2016 itu, FGV berkata penurunan sumbangan operasi huluan itu adalah disebabkan pengeluaran tandan buah segar (TBS) lebih rendah daripada 4.63 juta tan kepada 3.91 juta tan pada 2016 biarpun harga MSM naik kepada RM2,560 satu tan berbanding RM2,210 pada 2015.
Kadar peengekstrakan minyak juga lebih rendah iaitu pada 20.68 peratus berbanding 20.91 peratus pada tahun sebelumnya.
"Keputusan itu dijejaskan lagi dengan pengurangan nilai empat kilang penapis minyak sawit berjumlah RM11.81 juta akibat pelaksanaan langkah rasionalisasi," kata kumpulan itu.
Segmen gula pula susut kepada 58.7 peratus berbanding sebelum ini berikutan kos material gula mentah serta penurunan nilai ringgit, namun dapat diimbangi dengan peningkatan jualan domestik sebanyak 24 peratus.
Bagi prospek masa depan, firma perladangan itu berkata aliran peningkatan harga MSM itu dijangka dapat dikekalkan pada jangka masa terdekat ini susulan bekalan yang terhad.
Harga purata MSM Malaysia bagi Januari 2017 meningkat kepada RM3,268 peratus iaitu pertambahan 23 peratus daripada harga purata 2016 sebanyak RM2,653 satu tan.
"Peningkatan aliran harga MSM itu dijangka berterusan pada penggal terdekat ini berikutan bekalan yang terhad. Bagaimanapun, jangkaan pemulihan industri bagi pengeluaran TBS itu akan menjejaskan harga MSM pada akhir tahun ini," katanya.
Kumpulan itu turut memberi jaminan untuk terus komited bagi mempertingkatkan hasil TBS serta kecekapan operasinya selain melaksanakan pemantauan kos operasi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2017

Keuntungan sebelum cukai FGV bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2016 susut sebanyak 43.11 peratus kepada RM248.19 juta. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Aktiviti beli saham murah dorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.55 mata kepada 1.581.22 daripada 1,577.67 ketika ditutup pada Khamis.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Untung bersih tahun kewangan 2024 Maxis naik 40.6 peratus kepada RM1.4 bilion
Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan aktiviti pengambilan untung berterusan
Pada pukul 9.05 pagi, FBM KLCI turun 5.42 mata atau 0.34 peratus kepada 1,577.34 daripada 1,582.76 ketika ditutup semalam.

Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan jualan oleh dana asing
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan penjualan oleh dana asing yang berterusan, meskipun kebanyakan pasaran serantau merekodkan prestasi lebih baik.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit tetapi rendah kemudiannya
Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 2.62 mata kepada 1,588.98 daripada 1,591.60 pada Jumaat lepas.

Belian lewat saham perbankan bantu Bursa Malaysia hadkan penurunan
Belian lewat dalam saham perbankan selepas jualan besar-besaran dalam Celcomdigi pada awal dagangan membantu menghadkan penurunan Bursa Malaysia di tengah-tengah sentimen pasaran yang agak lemah.

Bursa Malaysia meningkat semula dalam dagangan awal
Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.55 mata kepada 1,593.83 daripada 1,592.28 semasa ditutup semalam.

Bursa Malaysia susut 0.43 mata pada awal dagangan
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata kepada 1,602.62.