KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Sime Darby Property Bhd merosot kepada RM51.84 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 berbanding RM66.04 juta tahun lepas.
Perolehan bagi suku yang dikaji turut menyusut kepada RM480.33 juta berbanding RM588.77 juta tahun lepas berikutan penurunan sumbangan daripada segmen pembangunan hartanah.
Bagaimanapun, ia diimbangi oleh prestasi kewangan lebih baik daripada dua lagi segmen perniagaan terasnya iaitu pelaburan dan pengurusan aset, dan rekreasi.
"Kemerosotan perolehan itu disumbangkan terutamanya berikutan aktiviti pembangunan yang lebih rendah di City of Elmina, Serenia City, Bukit Jelutong dan KLGCC Resort, di samping jualan lebih rendah daripada inventori yang telah siap di KLGCC Resort, Taman Melawati dan perbandaran KL East, sekali gus menyebabkan sumbangan keuntungan yang lebih rendah pada suku semasa," menurut pemaju berkenaan dalam makluman kepada bursa pada Selasa.
Nilai pembangunan kasar bagi pelancaran baharu untuk tahun kewangan 2022 kekal sebanyak RM2.8 bilion, dengan RM383.5 juta telah dilancarkan pada suku pertama tahun ini.
Kediaman bertanah yang dilancarkan pada suku pertama tahun kewangan 2022 mencapai purata kadar pembelian berjumlah 96 peratus, dengan produk perindustrian telah habis dijual pada awal Mei 2022.
Bagaimanapun, menurut syarikat itu, kekurangan buruh di Malaysia baru-baru ini -- bidang tumpuan yang dipantau dengan teliti -- telah mengehadkan kepesatan kemajuan tapak, yang seterusnya menjejaskan perolehan dan pengiktirafan hasil pada suku yang dikaji.
Kumpulan ini optimis terhadap pasaran hartanah pada masa akan datang, terutamanya dalam segmen kediaman dan perindustrian, didorong oleh kelonggaran sekatan dalam fasa peralihan ke endemik berkuat kuasa 1 April, 2022, selain kadar vaksinasi penduduk yang memberangsangkan dan pembukaan semula sempadan antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022
![Untung bersih Q1 Sime Darby property susut 21% kepada RM51.83 juta Untung bersih Q1 Sime Darby property susut 21% kepada RM51.83 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645001592_TBSIMEDARBY.jpg)
Keuntungan bersih Sime Darby Property Bhd merosot kepada RM51.84 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2022 berbanding RM66.04 juta tahun lepas. -Gambar fail/BERNAMA
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
![Cyberview lantik Kamarul Ariffin Ketua Pegawai Eksekutif baharu Cyberview lantik Kamarul Ariffin Ketua Pegawai Eksekutif baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692323619_TBKamarulAriffin.jpg)
Cyberview lantik Kamarul Ariffin Ketua Pegawai Eksekutif baharu
Beliau sebelum ini pengurus besar Sime Darby Property Selatan Sdn Bhd, bertanggungjawab menguruskan projek Malaysia Vision Valley.
![Sime Darby Property hadiah unit kediaman RM1 juta kepada pembeli bertuah Sime Darby Property hadiah unit kediaman RM1 juta kepada pembeli bertuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677307830_SimeDarbyProperty.jpg)
Sime Darby Property hadiah unit kediaman RM1 juta kepada pembeli bertuah
Kempen sambutan Beyond 50 yang dilancarkan sejak 15 Ogos hingga 31 Disember tahun lalu menyaksikan penerimaan sambutan menggalakkan.
![Prestasi Sime Darby Property Kembali pulih, untung bersih suku ketiga catat RM56.13 juta Prestasi Sime Darby Property Kembali pulih, untung bersih suku ketiga catat RM56.13 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51669707458_TBSIMEDARBY.jpg)
Prestasi Sime Darby Property Kembali pulih, untung bersih suku ketiga catat RM56.13 juta
SDP kembali pulih dengan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM56.13 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2022.
![Projek ikonik Battersea Power Station dibuka kepada umum Projek ikonik Battersea Power Station dibuka kepada umum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665463154_TBBatterseaPowerSta.jpg)
Projek ikonik Battersea Power Station dibuka kepada umum
Pengurusan pembangunan sedang dijalankan oleh Battersea Power Station Development Company (BPSDC) yang berpangkalan di Britain.
![Sime Darby Property jangka isu kekurangan pekerja selesai pada suku keempat Sime Darby Property jangka isu kekurangan pekerja selesai pada suku keempat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661503657_DatukAzmirMerican.jpg)
Sime Darby Property jangka isu kekurangan pekerja selesai pada suku keempat
Sime Darby hadapi 50 peratus kekurangan pekerja di tapak pada masa ini berbanding kekurangan sebanyak 60 peratus pada separuh pertama 2022.
![Untung bersih Q1 Sime Darby property susut 21% kepada RM51.83 juta Untung bersih Q1 Sime Darby property susut 21% kepada RM51.83 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61645001592_TBSIMEDARBY.jpg)
Untung bersih Q1 Sime Darby property susut 21% kepada RM51.83 juta
Bagaimanapun, ia diimbangi oleh prestasi kewangan lebih baik daripada dua lagi segmen perniagaan terasnya iaitu pelaburan dan pengurusan aset, dan rekreasi.
![Rizal Rickman ganti Zeti sebagai pengerusi Sime Darby Property Rizal Rickman ganti Zeti sebagai pengerusi Sime Darby Property](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620308568_RizalRickmanRamli.jpg)
Rizal Rickman ganti Zeti sebagai pengerusi Sime Darby Property
Sime Darby Property Bhd telah melantik Rizal Rickman Ramli sebagai pengerusi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang telah bersara selepas memegang jawatan tersebut selama tiga tahun.
![Zeti dilantik pengerusi Sime Darby Property Zeti dilantik pengerusi Sime Darby Property](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51530612969_ZETIAKHTARAZIZ.jpg)
Zeti dilantik pengerusi Sime Darby Property
Sime Darby Property Bhd melantik bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai pengerusi baharunya berkuat kuasa hari ini.